Watak Susanti Siri Upin-Ipin Jadi Trending Selepas Garuda Belasah Harimau Malaya

Kemenangan Indonesia ke atas Malaysia turut membuatkan watak Susanti daripada siri animasi Upin & Ipin menjadi trending di Twitter. Ini selepas netizen Indonesia membuat meme yang seakan memuji mentaliti watak Susanti di dalam salah satu episod siri tersebut.

Seperti diketahui skuad kebangsaan Indonesia berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 selepas kemenangan bergaya 4-1 ke atas Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B pada malam tadi.

Ketinggalan selepas minit ke-13 perlawanan melalui jaringan Kogileswaran Raj, Indonesia bagaimana pun berjaya bangkit di Stadium Nasional Singapura menerusi dua jaringan Irfan Jaya, wonder goal dari Pratama Arhan pada babak kedua perlawanan, dan tandukan Elkan Baggot.

Kejayaan menewaskan Malaysia menjadikan Indonesia juara Kumpulan B. Bukan sahaja taktikal Shin Tae-yong dan kehebatan anak buah disoroti oleh penyokong Garuda selepas perlawanan tersebut. Tidak ketinggalan adalah watak Susanti di dalam siri Upin & Ipin.

Semangat Garuda Susanti disingkap

Berdasarkan siri animasi terbitan  Les’ Copaque Production itu, watak Susanti sememangnya dikenali sebagai salah seorang sahabat karib Upin & Ipin, dan berasal dari Jakarta, Indonesia.

Dalam satu episod musim 2020, Susanti turut menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen bersama rakan-rakan lain.

Walaupun kesemua rakan-rakan Susanti seperti Jarjit, Fizi, Ehsan, Mei-Mei, Mail, Upin dan Ipin semuanya berasal dari Malaysia dan menyokong pasukan negara, Susanti tetap mengibarkan bendera Indonesia tanda sokongan kepada negaranya.

Malah pada satu momen, Indonesia telah ketinggalan satu gol kepada Malaysia. Susanti kelihatan amat gembira saat Indonesia berjaya menyamakan kedudukan dan merayakan jaringan tersebut sendirian.

Turut mencuit hati ialah kesungguhan Susanti menyokong pasukan Indonesia sehingga menyebabkan Jarjit jatuh dari kerusi.

Kebetulan sahaja

Naratif penceritaan episod tersebut hampir sahaja sama dengan perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan pada malam tadi. Bezanya, perlawanan sebenar diadakan di Singapura dan bukannya di Malaysia seperti di dalam siri animasi tersebut.

Ia mungkin nampak remeh bagi kita apabila penyokong Indonesia turut meraikan kemenangan pada malam tadi dengan watak Susanti. Tidak salah sebenarnya untuk meraikan sedemikian rupa. Ia juga satu pengiktirafan kepada produk animasi negara.

Anggap sahaja ia sebagai satu perkara yang dilakukan secara suka-suka. Andai Malaysia yang menang pada malam tadi, kita pun tidak pasti sejauh manakah kita akan meraikannya.

Buat Susanti dan penyokong skuad Garuda yang lain, tahniah kepada kalian dan nikmatilah kemenangan ini. Harimau Malaya pasti akan kembali lagi selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN