Menjelang pertemuan seterusnya malam esok dalam saingan Liga Super 2022 membabitkan aksi Petaling Jaya City (PJ City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pastinya akan sekali lagi menjadi tumpuan ramai pemerhati bola sepak tempatan.
Ini kerana pastinya ramai menyangkakan JDT sekali lagi tidak mempunyai masalah untuk membenam cabaran pelawat setelah cemerlang tempo hari menewaskan Selangor dengan jaringan agak besar terhasil.
Jadual perlawanan Liga Super minggu ini! 🙌
Perlawanan manakah yang menjadi tumpuan anda? 🤩
Siaran langsung di unifiTV, aplikasi unifi playTV dan YouTube.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/fOb1mrdDd2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 27, 2022
JDT yang kini sedang berkongsi mata bersama Negeri Sembilan pastinya melonjak semangat mereka untuk menjarakkan lagi kedudukan agar terus selesa selaku pendahulu carta liga setakat ini.
Namun di sebalik keghairahan tersebut, pengendali JDT iaitu Benjamin Mora tetap berwaspada dengan pasukan pelawat apabila melihat barisan pemain PJ City juga mampu memberi kekecewaan buat mereka jika tidak dikawal dengan baik.
Menurut pengendali dari Mexico itu, beliau mengakui PJ City antara pasukan sukar untuk dijinakkan berikutan aksi bertahan pelawat yang disifatkan cukup berdisiplin selain mempunyai corak serangan pantas untuk memerangkap lawan.
Tickets for the Super League match between Johor Darul Ta'zim FC (JDT) and PJ City FC on 28 June 2022 will be for sale on https://t.co/u6ZgntP5qf from June 26, 2.00pm onwards. Fans are allowed to purchase two tickets each only. Luaskan Kuasamu Johor. pic.twitter.com/RVnjIExjS0
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 26, 2022
“Kami harus bersiap dengan perancangan taktikal yang ampuh apabila berdepan PJ City FC dan mereka pasukan yang akan tampil beraksi konsisten kerana mahu mendapat keputusan terbaik buat mereka dan kami perlu berwaspada.
“Mereka bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan dan kami akan berdepan pasukan yang liat untuk ditewaskan dan apa yang penting kami harus menjalani proses pemulihan pemain selepas beraksi menentang Selangor, Jumaat lalu.
“Sudah tentu kami mahu mengekalkan rentak kemenangan dan juga mahu memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pasukan ini selepas pengalaman seri 2-2 dengan Pahang sudah cukup beri pengajaran buat kami dan kemenangan besar tewaskan Selangor FC 5-1 pasti beri motivasi buat pemain untuk kekalkan momentum itu,” katanya menerusi Arena Metro.
Untuk rekod pertemuan lalu, skuad kendalian Mora ini berjaya mengetepikan cabaran PJ City dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Gonzalo Cabrera serta dua gol menerusi Bergson da Silva.
Dalam masa sama, Mora juga mahu rangkaian pertahanan skuad kendaliannya memberi perhatian kepada Darren Lok yang disifatkan beliau semakin meningkat dari segi corak permainan.
39' GOL | Hatrik Darren Lok!@pjcityfc 3-0 @FCTerengganu #LigaSuper2022 pic.twitter.com/YROJWnzKQj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2022
Menurut Mora, Darren tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangnya bergerak bebas di kawasan serangan dan perlu memastikan kelibat penyerang kebangsaan itu dikunci sepenuhnya.
“Bukan sahaja Darren malah pemain lain dalam pasukan PJ City FC berkebolehan mengancam benteng JDT, oleh itu pemain tidak boleh leka dan membiarkan barisan pemain lawan menguasai permainan dan kami akan tampil dengan corak permainan konsisten bagi memburu kemenangan kedua dan mahu menjarakkan pungutan mata,” kata Mora.