“Wasit Malaysia Punya Kualitas” – Nazmi Nasaruddin Raih Pujian Dari Peminat Indonesia

Pengadil Malaysia iaitu Nazmi Nasaruddin terus melebarkan nama beliau di luar negara dengan kali ini beliau dipilih untuk bertugas dalam saingan Liga 1 Indonesia yang telah berlangsung baru-baru ini.

Buat pertama kali pada musim ini, Nazmi diberi tugasan untuk mengadili aksi membabitkan Malut United dan Bali United bersama lima layangan kad kuning serta satu kad merah dikeluarkan.

Pada aksi itu Bali United mencipta kemenangan besar 4-1 untuk mengatasi Malut United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain dari Jepun, Tatsuro Nagamatsu dilayangkan kad merah pada penghujung babak kedua.

Untuk rekod di saingan Indonesia, Nazmi merupakan pengadil asing kedua yang mewarnai liga tersebut setelah mereka pernah mendapatkan khidmat Adham Tumah dari jordan.

“Wasit Muhammad Nazmi Nasaruddin asal Malaysia merupakan wasit asing kedua yang diberikan kepercayaan bertugas pada kompetisi BRI Liga 1 musim ini setelah wasit asing pertama Adham Tumah asal Yordania.

“Laga Malut United vs Bali United tadi malam merupakan laga perdananya bertugas di Liga Indonesia.

“Muhammad Nazmi Nasaruddin lahir di Penang, Malaysia pada 26 Februari 1990 (34) dan sudah menyandang wasit berlisensi FIFA sejak tahun 2016. Kualifikasi Piala Dunia 2026 zona asia dan Liga Champions Asia sudah pernah ia pimpin. Wasit muda ini diproyeksikan untuk mewakili Asia di pentas FIFA Word Cup 2026,” jelas laman Galeri Sepakbola Indonesia Online-GSIO.

Menerusi ruangan komen laman tersebut, rata-rata peminat bola sepak dari Indonesia memberi pujian kepada Nazmi sambil membandingkan kualiti beliau bersama pengadil tempatan.

Tak kurang ada yang turut mempertikaikan kredibiliti Nazmi untuk terpilih mengadili aksi saingan sana kerana mereka masih menaruh keyakinan akan pengadil kelahiran negara sendiri.

“Karena wasit Malaysia punya kredibilitas tinggi,,lain wasit kita yg sering dan terlalu lama berteman sama mafia,,bahkan wasit Toriq aja dulu sering jarang di pakai di liga 1 ,Kerana sulit di ajak kompromi ,malah wasit Toriq pernah bawah peralatan komunikasi sendiri untuk menjaga keprofisionalnya dlm pertandingan..tp sekarang udah pada baik Krn wasit sekarang udah dapat jaminan perlindungan hukum dr oknum oknum yg ingin intervensi..Jadi sekarang lebih tegas dan adil,” kata Gunadi Delpiero.

“Wasit masih mudah, tapi dah Top & tegas. Sementara itu di belahan bumi lain, ada wasit mudah yg panik ketika tim Tuan rumah kebobolan 1 gol. Saking paniknya, kartu keluar membabi-buta buat tim tamu bahkan pemain yg dilanggar pun kena kartu, sampe 3 kartu Merah tuan rumah blm juga cetak gol. Akhirnya kasi penalty aja,” puji Paskah Lakku.

“Wasit Malaysia emng dr dlu punya kualitas dlm memimpin.klw ngk slh 2010 pernah ada wasit Malaysia yg bertugas di world cup,” jelas Mhd Ferry pula.

Sudah tentu pencapaian dan pujian diterima ini sedikit sebanyak mampu menaikkan motivasi Nazmi untuk terus menjalankan tugas dengan baik selaku pengadil profesional dari Malaysia buat pentas antarabangsa pada masa hadapan.

Kami juga berharap supaya lebih ramai pengadil tempatan berkualiti dapat dilahirkan serta mengikut jejak langkah Nazmi yang sentiasa mencabar diri ke saingan lebih tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN