Wartawan Terselamat Tragedi Chapecoense Meninggal Dunia

Chapecoense

Rafael Henzel merupakan salah seorang penumpang yang terselamat daripada nahas LaMia 2933 yang terhempas pada 2016.

Pesawat tersebut membawa skuad Chapecoense menuju ke perlawanan akhir Copa Sudamericana 2016.

Henzel merupakan salah seorang bukan anggota kelab dari Brazil itu. Sebaliknya beliau merupakan seorang wartawan.

Meninggal dunia

Henzel dikejarkan ke hospital selepas rebah. Pada ketika itu, beliau bermain bola sepak dengan rakan-rakannya pada petang Selasa.

Kemudiannya, beliau dilaporkan meninggal dunia. Punca kematiannya disebabkan serangan jantung. Henzel meninggal dunia pada usia 45 tahun.

Berita pemergian itu telah diumumkan oleh laman web Chapecoense. Kelab itu menyifatkan beliau merupakan salah seorang simbol pembinaan semula kelab.

Chapecoense kehilangan 19 orang pemain dan beberapa orang jurulatih dalam tragedi itu. Mereka kemudiannya dianugerahkan gelaran Copa Sudamericana oleh badan penganjur, CONMEBOL.

Bangkit

Selepas kejadian itu, mendiang meneruskan kerjayanya sebagai juruhebah di salah sebuah saluran radio di bandar raya Chapeco. Beliau juga sempat menulis sebuah buku mengenai tragedi tersebut pada 2017.

Henzel telah mengalami patah beberapa tulang akibat kejadian itu.

Chapecoense dikatakan telah menghubungi Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) untuk meminta penangguhan perlawanan Copa Brazil. Chapecoense dijangka akan menentang Criciuma bagi perlawanan kejohanan itu.

Selain mendiang Henzel, hanya dua orang bukan pemain Chapecoense yang terselamat daripada tragedi itu iaitu Ximena Suarez dan Erwin Tumiri. Kedua-duanya merupakan krew pesawat tersebut.

3 lagi pemain Chapecoense Alan Ruschel, Helio Zemper Neto dan Jakson Follmann juga turut terselamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN