Wartawan ‘Otai’ Ini Ucap Tahniah Kepada FAM Yang Kembalikan Tradisi Claude Le Roy

Claude Le Roy Rizal Hashim

Pelantikan E. Elavarasan yang merupakan pembantu Kim Pan-gon dalam kem skuad kebangsaan sebagai pengendali skuad B-23 negara dilihat langkah yang baik dalam mengembalikan sesuatu yang positif buat Harimau Malaya dalam beberapa tahun selepas ini.

Pandangan tersebut disuarakan oleh wartawan ‘otai’, Rizal Hashim yang pernah bertugas sebagai pegawai khas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi ciapan di akaun Twitter, beliau tampil memuji bekas majikannya itu kerana mengembalikan tradisi yang dimulakan oleh Claude Le Roy, bekas pengendali skuad kebangsaan pada tahun 1994 sehingga 1995.

RASMI: E. Elavarasan Dilantik Jadi Pengendali Skuad B-23 Malaysia

“Tahniah FAM kerana menghidupkan semula tradisi yang dimulakan oleh Claude Le Roy pada 1995.”

“Bagi generasi Tik Tok, Pak Ngah nak kongsi sedikit. Le Roy yang berasal dari Perancis, dilantik pada Februari 1994 untuk melatih skuad Olimpik (bawah-23) tetapi pada masa yang sama membimbing skuad senior negara, menggantikan Ken Worden (1992-1993).”

“Sambil menyiapkan pasukan ke Sukan Asia Hiroshima, Le Roy turut membentuk asas skuad pelapis berteraskan pemain yang lahir pada dan selepas 1973 bagi pra-Olimpik ke Atlanta. Dalam pasukan senior, Le Roy dibantu pada asalnya oleh Irfan Bakti Abu Salim dan Lim Kin Chon.”

“Ketika Bicskei fokus kepada skuad senior, Dzurjak dan Nasir membentuk skuad Sukan SEA Manila. Bagaimanapun Bicskei dan Dzurjak dipecat sebelum misi ke Manila.”

Tambahnya lagi, tradisi ini terhenti selepas berakhirnya era Bicskei atau tepatnya ketika B. Satiananthan mengambil alih skuad negara pada 2007.

Satiananthan membimbing skuad senior, sementara Datuk Ong Kim Swee (skuad B-23) dan Datuk K. Rajagopal (skuad B-20). Mereka membentuk skuad mereka dengan falsafah dan gaya permainan mereka yang tersendiri – tidak lagi seperti di era sebelumnya yang memiliki falsafah yang sama.

Ini menjadikan transisi daripada skuad muda ke skuad senior dilihat sedikit bermasalah apabila falsafah berbeza diterapkan oleh ketiga-tiga pengendali.

Misalnya, Rajagobal memiliki pendekatan formasi 4-1-4-1 atau 4-2-3-1. Beliau gemarkan penyerang tunggal. Sementara Kim Swee suka formasi 3-5-2 yang bertunjangkan kekuatan tiga bek tengah. Jadi, apabila pemain muda perlu digunakan oleh skuad senior, ia nampak langsung tidak selari.

Dengan pelantikan Elavarasan yang memahami kehendak dan falsafah Kim Pan-gon, malah turut diketahui menggunakan asas formasi yang sama dengan Kim ketika membimbing pasukan di Liga M, Rizal yakin yang mereka akan duduk semeja membincangkan soal skuad senior dan muda.

Sekurang-kurangnya, pemain muda bila-bila masa boleh diserap ke skuad senior. Mereka tidak lagi perlu ambil masa lama untuk menyesuaikan diri.

Pujian Rizal yang merupakan orang lama dalam industri kewartawatan ini membayangkan yang langkah FAM yang kembali dengan tradisi Le Roy ketika ini dilihat tepat dalam merencana masa depan skuad kebangsaan yang lebih ampuh di bawah kepimpinan pengendali Korea Selatan, Kim.

Selepas Malaysia gagal layak ke Sukan Olimpik 1996, Le Roy mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak Malaysia. Perginya tidak kembali. Le Roy hadir barangkali pada waktu dan masa yang salah – datang semasa bola sepak negara terpalit dengan kes rasuah dan mengatur perlawanan.

Pada tahun 1998, Le Roy berjaya membawa Cameroon layak ke Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN