Wartawan Nafi Sedia Skrip Soalan Buat Penyokong Harimau Malaya

Semalam, tular di media sosial apabila dua peminat Harimau Malaya telah ditemu ramah oleh sebuah syarikat penyiaran swasta selepas jawapan diberikan mereka mengundan kritikan netizen.

Menerusi perkongsian video di media sosial, dua gadis ditemu ramah itu seolah mempertikaikan profesionalisme penyokong lain yang tidaj hadir ke stadium disebabkan oleh boikot.

“Yang boikot tu mungkin ada isu luar padang kot? Maka kita jadikannya secara profesional untuk sokong skuad Harimau Malaya kita,” kata salah seorang gadis tersebut.

Kenyataan gadis itu menimbulkan beberapa kemarahan netizen yang mempertikaikan perkara tersebut sambil ada turut menyatakan beliau tidak memahami situasi sebenar.

Selepas banyak kecaman atau kritikan diterima, gadis tersebut yang dikenali sebagai masmera_azhar tampil di ruangan komen untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Gadis tersebut juga mengakui segala temu ramah tersebut seolah sudah diatur oleh wartawan berkenaan sehingga mendatangkan salah faham kepada penyokong Malaysia lain.

“Saya dgn kakak datang untuk have fun je, sbb lagipun dapat ticket free. And saya jawab mcm tu sebab dapat jawapan dari abang yang interview tu, saya gn kakak tak alert pun isu semasa.

“Maaf bagi mana mana pihak yang terasa. Semoga yang baik baik saja untuk semua pihak janganlah kecam kitorang,” jelas beliau untuk cuba menjernihkan suasana.

Walaupun begitu, suatu kejutan berlaku apabila wartawan yang menemu ramah kedua gadis tersebut iaitu Zulhelmi Zainal Azam tampil bersama pendedahan di media sosial X.

Menurut Zulhelmi, pihak mereka tidak menyediakan sebarang jawapan ketika sesi temu ramah tersebut melainkan hanya soalan sahaja.

“Maaf jawapan tak disediakan, hanya soalan sahaja,” jelas Zulhelmi di media sosial X serta mendapat pelbagai maklum balas lain dalam kalangan penyokong.

Pada aksi semalam, kehadiran penyokong jelas mendukacitakan apabila jelas begitu banyak tempat kosong kelihatan dalam stadium sewaktu aksi membabitkan Malaysia dan Filipina berlangsung bagi saingan Pestabola Merdeka 2024.

Melayakkan diri ke pentas akhir, dijangka lebih ramai penyokong akan hadir ke stadium demi memberi sokongan untuk Harimau Malaya meraih gelaran juara pada aksi bertemu Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN