Wartawan Belanda Desak Pemain Maghribi Berhenti Terlalu Agungkan Ibu

Ketika seluruh dunia memuji kemuliaan hati para pemain dari skuad Maghribi yang mengagungkan ibu mereka, tampil seorang wartawan dari Belanda yang mengutuk perbuatan tersebut.

Rosanne Hertzberger merupakan antara wartawan terkenal dari Belanda dan beliau kini sedang berdepan kecaman teruk dari pelbagai pihak atas satu artikel yang ditulis olehnya.

Artikel tersebut bertajuk, ‘Berhenti mengagungkan ibu’ dengan Rosanne mengaitkan ibu-ibu pemain Maghribi sebagai contoh dalam artikelnya itu.

Rahsia kejayaan Maghribi di pentas Piala Dunia Qatar

Maghribi berjaya mengakhiri kempen Piala Dunia di Qatar pada tahun ini dikedudukan keempat dan jelas sekali tiada siapa menduga mereka akan mampu mara sejauh itu.

Antara kunci sebalik kejayaan para pemain Maghribi untuk layak hingga ke peringkat separuh akhir adalah kerana sokongan dan berkat dari ibu-ibu mereka yang turut datang ke Qatar untuk memberi sokongan.

Hal ini diakui sendiri oleh para pemain dan jurulatih mereka yang menganggap ibu-ibu merekalah penyemangat mereka hingga berjaya layak hingga ke peringkat separuh akhir.

Ketika pemain-pemain dari negara lain memilih untuk membawa kekasih atau isteri mereka ke Qatar, Persatuan Bola Sepak Maghribi memilih untuk membenarkan pemain membawa ibu mereka.

Hal ini mula diperkatakan ketika peminat melihat Achraf Hakimi berlari memeluk ibunya selepas kejayaan beliau menyempurnakan sepakan penalti bertemu Sepanyol di pusingan 16 terbaik.

Para peminat terharu melihat hubungan erat antara Hakimi dengan ibunya dan turut mengagumi sikap bintang PSG itu yang mengutamakan ibu beliau.

Ketika skuad Maghribi berjaya menewaskan Portugal di peringkat suku akhir, boleh dikatakan kesemua pemain mereka mencari ibu masing-masing untuk meraikan kejayaan mereka itu.

Para peminat seluruh dunia turut beremosi melihat video serta gambar-gambar para pemain Maghribi meraikan kejayaan mereka bersama ibu-ibu mereka.

Kesemua pemain turut menegaskan yang tanpa ibu mereka, maka mereka tidak akan mampu mencapai kejayaan seperti apa dicapai di Qatar.

Wartawan Belanda desak berhenti sanjung ibu

Ketika semua orang memuji kemuliaan hati para pemain dari skuad kebangsaan Maghribi, tampil seorang wartawan dari Belanda yang mengutuk hal tersebut.

Rosanne Hertzberger menulis satu artikel mengutuk sikap pemain-pemain Maghribi yang terlalu mengagungkan ibu mereka.

Wartawan dari Belanda itu menganggap ibu hanyalah seorang wanita serta manusia biasa sahaja dan tidak perlulah untuk terlalu mengagungkan mereka.

Rosanne turut mengutuk perbuatan para pemain Maghribi yang terlalu mengagungkan ibu mereka dan seolah-olah langsung tiada penghargaan kepada ayah mereka.

Lebih teruk lagi, Rosanne turut mengutuk keputusan Raja Maghribi yang memberikan anugerah khas kepada ibu-ibu para pemain atas kejayaan skuad mereka di Qatar.

Rosanne menegaskan yang bukan semua ibu-ibu itu menyokong impian serta cita-cita anak mereka dengan mereka juga mungkin pernah menghalang anak-anak mereka untuk bermain bola sepak ketika zaman kanak-kanak dahulu.

https://twitter.com/TyposBro/status/1608489869004910592?s=20&t=YG6y39XHFuM5fdnwxfKo1A

Beliau percaya cara Maghribi menghormati ibu mereka itu sebenarnya hanya akan membuatkan wanita nampak lebih lemah dan terlalu bergantung kepada lelaki.

Rosanne merasakan yang wanita hanya perlu dihormati andai mereka berjaya atas usaha mereka sendiri dan bukanlah hasil usaha anak mereka.

Hormat Ibu dalam Islam

Ibu merupakan individu penting dalam hidup setiap manusia dengan merekalah yang mengandungkan kita dan turut membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Agama Islam sendiri turut menempatkan Ibu di posisi yang paling mulia dengan si anak diwajibkan lebih menghormati ibu sebelum ayahnya.

Hal ini tertulis dalam Al-quran pada Surat Luqman ayat ke 14.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Ku lah kamu kembali”

Rata-rata mereka yang beragama Islam tentu pernah membaca hadith dari riwayat Abu Hurairah Radiyallahu’annhu, yang mana Rasulullah sendiri menyuruh umatnya agar lebih berbuat baik kepada ibu berbanding ayah.

“Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakan aku harus berbakti pertama kali?’. Nabi SAW menjawab, ‘Ibumu’. Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’, Nabi SAW menjawab ‘Ibumu’.

Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’, beliau menjawab ‘Ibumu’. Orang tersebut bertanya kembali, ‘ Kemudian siapa lagi,’ Nabi menjawab ‘Kemudian ayahmu’” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN