Wartawan Argentina Dedah Mayat Maradona Dikebumi Tanpa Jantung

Seorang pakar neurologi dan juga wartawan, Nelson Castro mendedahkan mayat Diego Maradona dikebumikan tanpa jantung untuk mengelakkan ianya dicuri oleh penyokong pasukan lawan sekiranya kubur pemain legenda dunia itu dibongkar.

Perkara itu didedahkan oleh Castro melalui satu temubual bersama sebuah stesen televisyen sempena pelancaran buku tulisannya, ‘Diego’s Health: The True Story’ yang mengisahkan detik-detik terakhir kehidupan Maradona – genap setahun kematian yang diratapi oleh dunia bola sepak.

“Terdapar sekumpulan [penyokong Gimnasia y Esgrima La Plata] yang merancang untuk menceroboh kubur untuk mencuri jantung [Maradona],” dedah Castro.

“Perkara itu tersebar dan tindakan [mengalih jantung] dilakukan untuk mengelak perkara itu berlaku.”

Selain daripada bertujuan menyelamatkan jantung Maradona daripada dicuri, tindakan memindahkannya dipercayai penting untuk menyiasat punca kematian ikon bola sepak dunia itu.

Di sebalik pendedahan tersebut, Castro bagaimanapun tidak menjelaskan tujuan dan niat kumpulan itu mahu mencuri jantung Maradona.

Legenda bola sepak terhebat sepanjang zaman itu meninggal dunia di usia 60 tahun kerana serangan jantung setahun yang lalu.

Seminggu sebelum kematiannya, Maradona dilaporkan mengalami masalah serangan pernafasan kardio dan keadaan kesihatannya didapati merosot.

Ekoran dari masalah tersebut, Maradona terpaksa menerima rawatan di hospital selama hampir sebulan sebelum menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otaknya.

Media melaporkan bahawa pembedahan tersebut berjaya. Bagaimanapun seminggu selepas ia ‘pulih’, keadaan kesihatan beliau semakin memburuk sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pernah dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dengan karier yang dihiasi penuh suka dan duka ketika bergelar pemain, Maradona kemudiannya bergelar jurulatih kepada skuad kebangsaan Argentina.

Beliau turut pernah mengendalikan beberapa pasukan di peringkat kelab di dalam dan luar negaranya. Pasukan terakhir yang dikendalikan oleh Maradona adalah Gimnasia y Esgrima La Plata di mana penyokong mereka didakwa berniat mencuri jantung bekas kapten Argentina itu.

Kehidupan dan karier Maradona disertai dengan pelbagai skandal, termasuk penyalahgunaan dadah yang semenangnya diketahui ramai.

“Jika orang lain, mereka pasti akan sudah lama mati,” sambung Castro. “Malang sekali Maradona ketagih kepada hampir semua perkara yang merosakkan dirinya. Beliau mudah ketagih kepada semua perkara di sekelilingnya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN