Warnock: FA England Hanya Mahu Melihat Pengurus Robot Yang Ikut Telunjuk

Pengurus Cardiff City, Neil Warnock mungkin akan menerima padah lebih buruk selepas mengkritik FA England sebaik sahaja beliau dijatuhkan hukuman.

Neil Warnock menuduh FA England sebagai sudah hilang pertimbangan kerana memaksa beliau menerima hukuman denda £20,000 kerana mengkritik pengadil. Warnock dituduh melakukan 3 kesalahan selepas tamat perlawanan antara Cardiff City dan Chelsea.

Warnock tidak mahu menerima hukuman itu dan menyatakan beliau tidak melanggar apa-apa undang-undang.

Warnock mempertikaikan gol Cesar Azpilicueta yang dilakukan daripada kedudukan ofsaid. Beliau melabel pengadil di EPL sebagai paling teruk di dunia.

Neil Warnock kemudiannya menuduh di England, FA England mahukan semua pengurus seperti robot yang boleh dikawal oleh mereka.

Warnock berkata: “Apabila kamu ada institusi sebesar FA, saya rasa kecewa kerana mereka menggunakan peguam luar untuk melakukan pertuduhan ke atas saya.”

Warnock
CARDIFF, WALES – MARCH 31: Neil Warnock, Manager of Cardiff City looks at match referee Craig Pawson after the final whistle during the Premier League match between Cardiff City and Chelsea FC at Cardiff City Stadium on March 31, 2019 in Cardiff, United Kingdom. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

“Mereka ada segala informasi tentang apa yang saya bantah pada 3 atau 4 minggu lalu. Semua ini nampak tidak terurus.”

Pada Jumaat, sudah ada satu ‘crowdfunding’ dilancarkan untuk membantu beliau dalam membayar denda itu. Setakat ini sudah mengumpul sebanyak £515.

“Skop yang anda boleh katakan terlalu terhad – padahal terlalu banyak yang anda mahu luahkan. Mereka ini [FA] mungkin hanya mahukan robot ataupun pengurus yang tidak tahu berbahasa Inggeris untuk bertugas di sini.”

“Tidak akanlah semua nak menjawab tiada komen? Pastinya jawapan itu membosankan.”

Cardiff masih berusaha untuk kekal dalam EPL. Dengan kenyataan pedas oleh Warnock ini, mereka mungkin akan kehilangan khidmat pengurus itu di kawasan teknikal untuk perlawanan terakhir mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN