Sebelum era Manchester United, Wayne Rooney merupakan pemain Everton dan mempunyai potensi yang cukup hebat sebagai penyerang.
Kini selepas 13 tahun berkelana di Manchester, Rooney bakal kembali semula ke Mersyeside untuk kembali menyertai Everton.
Keputusan itu dibuat selepas Rooney untuk menyertai skuad kendalian Ronald Koeman secara percuma.
Walaupun begitu, Rooney akan tiba di Everton dengan gaji yang bernilai £250 ribu seminggu.
Rooney dijangka akan mengikat kontrak selama 2 tahun dengan pilihan untuk menyambungnya pada untuk setahun lagi.
Ia merupakan permulaan baharu buat Rooney yang sejak beberapa musim kebelakangan ini seperti tidak diendahkan kewujudannya di Manchester United.
Perkara ini jelas apabila beliau sering tidak diturunkan dan sering terlepas perlawanan-perlawanan penting melibatkan Manchester United.
Antaranya adalah perlawanan akhir EFL Cup dan juga perlawanan akhir Europa League.
Rooney juga menamatkan spekulasi beliau akan bermain di liga luar seperti di Major League Soccer dan juga Chinese Super League.
Apa-apa pun, selamat kembali ke Everton buat Wayne Rooney. Semoga berjaya!
Sumber:
- ESPN (2017): Wayne Rooney to return to Everton, Lacazette the beginning for Arsenal?; http://www.espnfc.com/blog/transfer-talk/79/post/3153231/wayne-rooney-to-return-to-everton-alexandre-lacazette-the-beginning-for-arsenal