Semalam tersebar satu video pendek di mana penyokong River Plate telah melekapkan suar di sekeliling badan anak kecilnya menggunakan pita pelekat.
Ianya adalah salah satu cara untuk menyeludup masuk suar tersebut ke dalam stadium dalam perlawanan final Copa Libertadores di antara River Plate dan Boca Juniors.
Pengawal keselamatan biasanya tidak begitu ketat pemeriksaan ke atas budak kecil. Pada awalnya, ada juga yang mengagumi ibu budak tersebut dan berkata ‘tiada pyro, tiada parti’.
https://twitter.com/twitpalmeiras/status/1066416083043782656
River Plate memang dikenali dengan parti pyro mereka. Apatah lagi untuk perlawanan menentang seteru utama mereka Boca Juniors dalam superclasico.
Namun selepas video itu semakin tular, semakin ramai pihak yang mulai mengutuk tindakan si ibu kerana melakukan perkara melanggar undang-undang dengan mempergunakan anaknya.
Ada yang bertanya adakah pihak penguatkuasa di Argentina tidak mengambil apa-apa tindakan di atas perkara tersebut.
Polis kemudian mengambil tindakan dan melakukan pengecaman imej wanita itu menggunakan perisian khas bagi mencari identitinya. Polis berjaya mendapatkan informasi dan identiti wanita tersebut.
Polis juga berterima kasih kerana dengan adanya media sosial tugas mereka menjadi lebih mudah untuk mencari mereka.
Perlawanan di antara River Plate dan Boca Juniors ditunda selepas insiden serangan bas sehingga mencederakan pemain Boca Juniors.
Video itu dirakam oleh penyokong Boca Juniors dan ianya menjadi tular. Semalam (Isnin), pihak polis di Buenos Aires mengesahkan wanita itu mahu menyeludup masuk suar itu ke dalam stadium dengan mengambil kesempatan di atas peraturan pemeriksaan minor ke atas kanak-kanak.
Update – remember the River fan caught strapping flares to her kid? She has been identified and arrested & is now just one of the subjects for television debate pic.twitter.com/ZUc8udUcL6
— GOLAZO (@golazoargentino) November 26, 2018
Ibu dan kanak-kanak sudah ditahan untuk siasatan. Di Argentina, jika seseorang itu didapati bersalah meletakkan kanak-kanak dalam bahaya, mereka boleh dipenjara sekurang-kurangnya 6 tahun. Hukuman itu boleh menjadi lebih berat jika polis mendapati wanita itu menggunakan anaknya dalam jenayah.