Wang Tunai RM100,000 Jadi Rebutan Saingan Grand Final Raja Futsal Malaysia 2019

Raja Futsal Malaysia 2019

Lebih 20 pasukan futsal amatur tanah air akan beradu kekuatan dalam usaha merebut hadiah utama bernilai RM100,000 pada aksi Grand Final Raja Futsal Malaysia 2019 yang bakal berlangsung pada 30 November ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Kejohanan futsal hasil inisiatif Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan kerjasama Huawei, Radio Era dan RV Figos ini telah menjelajahi seluruh negara mengikut zon yang bermula dengan Pantai Timur di Ferro Futsal Kuantan pada 21-22 September lalu.

Antara pasukan yang hadir pada aksi Zon Tengah di Kuala Lumpur.

Penjelajahan mencari pasukan yang akan meneruskan perjuangan mereka ke peringkat Grand Final disambung dengan Sabah (5 Oktober) sebagai destinasi kedua manakala Kedah menjadi pentas buat pasukan bagi Zon Utara yang berlangsung pada 12-13 Oktober lalu.

Sementara itu, Sarawak, Johor (zon Selatan) dan Kuala Lumpur melengkapkan kesemua enam peringkat zon bagi memuktamadkan penyertaan 20 pasukan yang akan bertarung di pentas Grand Final nanti.

Mozai FT mahu pertahankan kejuaraan dimenangi edisi tahun lalu.

Juara saingan edisi lalu, Mozai FT dari zon Pantai Timur berpeluang untuk melakar kejayaan buat kali kedua berturut-turut selepas sekali lagi pasukan tersebut meloloskan diri ke Grand Final.

Juara saingan Grand Final bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai bernilai RM100,000, medal serta cenderahati daripada pihak penaja.

ZM FT turut akan bersaing dalam saingan Grand Final Raja Futsal 2019 bagi merebut hadiah utama.

Aksi Grand Final nanti turut akan diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan tanah air dan juga ikon sukan Malaysia yang akan ditampilkan. Jumpa anda di sana!

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN