Wan Zack Haikal: Saya Akan Kerja Keras Untuk Bersama Harimau Malaya

Wan Zack Haikal Malaysia Barcelona 2013 Harimau Malaya

Kali terakhir Wan Zack Haikal beraksi bersama skuad Harimau Malaya adalah pada tahun 2018 dan berjaya meledak satu gol ketika menang 7-0 ke atas Bhutan.

Mungkin antara sumbangan terbaik Wan Zack adalah ketika bersama-sama Harimau Malaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2012 sebelum dikecewakan oleh Thailand. Beliau turut menyumbang satu gol ketika Malaysia menang ke atas Laos.

Pada Januari 2019, Wan Zack mengalami kecederaan panjang yang menyebabkannya hilang daripada radar. Itu merupakan kali kedua beliau mengalami kecederaan ACL selepas pulih daripada kecederaan sama yang dialami pada 2013.

Selepas Liga Super kembali bersambung pada Ogos lalu, Wan Zack tidak pernah terlepas beraksi dalam skuad Selangor dan telah merekodkan enam penampilan – termasuk tiga ketika di bawah kendalian Michael Feichtenbeiner.

Mungkin sentuhan jaringan masih belum tiba, tetapi penampilan bersama pasukan sudah cukup untuk membina semula keyakinannya selepas hampir dua tahun tidak beraksi. Mungkin itu yang menjadi pertimbangannya dalam membuat keputusan sama ada akan kekal menyarung jersi The Red Giants atau tidak, sebelum ini.

Dua hari lalu, Wan Zack akhirnya mengesahkan yang beliau akan kekal bersama Selangor. Bercakap kepada The Star, beliau dipetik berkata, “Ketika pengurusan menawarkan lanjutan kontrak, saya tidak berfikir dua kali [untuk terima].”

“Apa yang saya tidak dapat lakukan pada musim ini, saya akan lakukannya musim depan. Saya akan berhabisan untuk menjadikan Selangor kembali hebat, kerana ketika saya ‘jatuh’, Selangor yang menjaga kebajikan saya, terutamanya pada 2019, semasa saya melalui kecederaan yang serius,” tambahnya lagi mengenai azamnya.

Mengenai misinya, bercakap kepada Berita Harian, pemain berusia 29 tahun itu berkata, “Memang saya ingin kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan dan sudah menjadi impian semua pemain untuk mewakili pasukan negara.”

“Namun, saya perlu bermain dengan bagus serta mencapai prestasi yang terbaik untuk saya buktikan bahawa saya masih lagi mampu bersama pasukan kebangsaan. InsyaAllah, untuk musim 2021 saya akan bekerja dengan lebih kuat dan berusaha mendapatkan tempat kembali bersama pasukan kebangsaan.” ujarnya lanjut.

KREDIT FEATURED IMAGE: GLENN GUAN/THE STAR

Baca lagi artikel mengenai Wan Zack Haikal dan Selangor:

Selepas Hampir 2 Tahun, Wan Zack Kembali Beraksi Dan Sudah Tembak 2 Gol

Mengikut Media Jepun Inilah Sebab Sebenar Wan Zack Meninggalkan FC Ryukyu

Feichtenbeiner Anggap Neitzel Calon Tepat Bawa Selangor Ke Peringkat Lebih Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN