Wan Rahim: Kelantan Miliki Pemain Tempatan Terbaik

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan skuad The Red Warriors (TRW) kini mempunyai barisan pemain tempatan dan muda terbaik yang pernah dimiliki.

Memetik siaran media Kelantan FA, Rahim berkata perkara itu telah diperhatikan sejak tahun lalu terutama sekali ketika pasukan Kelantan bertandang ke Kuching tanpa pemain import untuk menentang pasukan Sarawak FA, namun masih mampu mencatat kemenangan 3-0.

“Ini membuktikan barisan pemain tempatan Kelantan pada masa kini, merupakan generasi pemain terbaik pernah kita ada. Perkembangan ini menampakkan corak latihan kendalian oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah adalah serasi dengan barisan pemain kita.

“Kerana itu juga saya bersetuju dengan saranan Yusri yang mahu latihan kini lebih tertumpu kepada perkembangan pemain import,” katanya.

TRW pada musim ini diperkuatkan dengan kehadiran semua Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Nazrin Mohd Nawi. Mereka turut  mengekalkan dua pemain muda sensasi Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Shahrul Nizam Ros Hasni.

Turut sama menyaksikan latihan pasukan Kelantan adalah Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari.

Bercakap mengenai keadaan Stadium Sultan Muhammad IV yang agak uzur ketika, ini, Rahim memaklumkan beliau telah pun membuat pertemuan dengan Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini dan mendapat respon yang positif.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah pun menyatakan persetujuan untuk membantu usaha baik pulih dan naik taraf stadium yang sudah berusia 53 tahun itu.

“Beliau (Syed Saddiq) telah memaklumkan bahawa pihak kementerian bersetuju membantu kerja baik pulih dan menambah beberapa kelengkapan. Antaranya penambahan susunan kerusi dan kemudahan untuk media.”

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN