Wan Kuzain Pemain Berdarah Malaysia Pertama Beraksi Di MLS

Wan Kuzain Wan Kamal. Di negara Uncle SAM, pemuda berusia 19 tahun ini dianggap sebagai ‘Messi Amerika’. Usah dikatakan di dalam negara kita sendiri

Negara yang menjadi tumpuan bintang bola sepak bertaraf legenda seperti Zlatan Ibrahimovic dan ramai lagi itu pun tidak boleh mengelakkan pemain muda berbakat seperti Wan Kuzain untuk disamakan dengan bintang dunia yang lain.

Berita gembiranya ialah pemain yang kedua ibu bapanya adalah rakyat Malaysia, namun dilahirkan di Amerika Syarikat ini akhirnya diumumkan sebagai pemain skuad utama Sporting Kansas City, yang beraksi di Western Conference.

Pekhabaran tersebut diumumkan oleh pihak kelab, melalui laman sesawang rasmi Sporting Kansas City, pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan daripada Sporting Kansas City, Wan Kuzain merupakan bekas pemain akademi bola sepak kelab tersebut, dan ditawarkan kontrak sebagai salah seorang pemain ‘homegrown’ sehingga 2020.

Kontrak tersebut turut mengandungi pilihan untuk dilanjutkan sehingga 2021 atau 2022.

Kontrak tersebut sekaligus menjadikan Wan Kuzain sebagai pemain ke-9 yang dibangunkan oleh Sporting Kansas City yang ditawarkan kontrak profesional di MLS di dalam sejarah kelab tersebut.

Peter Vermes yang merupakan penngurus Sporting Kansas City menyifatkan Wan Kuzain sebagai pemain tengah yang memiliki kualiti, sikap dan mentaliti yang tepat untuk menjadi pemain yang berjaya di masa hadapan.

Wan Kuzain bukan satu-satunya legasi dari Malaysia yang beraksi di kancah saingan bola sepak Amerika Syarikat.

Selain daripada Wan Kuzain, adiknya Kuzri Wan Kamal juga pernah dipanggil untuk menyertai US Youth National Team 02 pada tahun lalu.

Buat Wan Kuzain Wan Kamal, kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah, dan selamat maju jaya di dalam karier anda.

Bagi yang belum berkesempatan, kami kongsikan sekali lagi temuramah santai kami bersama Wan Kuzain pad Disember lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN