Wan Kuzain Kini Ikat Kontrak Profesional Bersama Swope Park Rangers

Pemain muda yang beraksi di Amerika Syarikat yang berasal dari keluarga Malaysia iaitu Wan Kuzain Wan Kamal kini telah menjadi pemain profesional!

Baru-baru ini, Kuzain telah menandatangani kontrak profesional pertama dalam karier beliau bersama-sama dengan kelab Swope Park Rangers (SPR).

Gambar: Sporting Kansas City

SPR merupakan kelab yang bermain di United Soccer League (USL) yang merupakan liga divisyen ketiga di Amerika Syarikat.

Kelab milik Didier Drogba iaitu Phoenix Rising juga beraksi dalam liga itu.

Kuzain yang merupakan produk akademi Sporting Kansas City nyata memuaskan hati kelab tersebut selepas mempamerkan 2 persembahan menarik ketika menentang OKC Energy FC dan juga Portland Timbers 2. 

Beliau nyata gembira kerana berjaya mengikat kontrak profesional pertama beliau dalam kariernya.

“Saya sangat teruja dan juga sangat gembira!”

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Sporting Kansas City dan Swope Park Rangers kerana mempercayai saya dan saya tak sabar untuk memulakannya!”

Kuzain digambarkan sebagai antara prospek muda yang terhebat di SPR.

Hal ini kerana, kepantasan yang dimilikinya dan juga kepintaran dalam permainannya menjadikan beliau sebagai pemain yang cukup baik apabila beraksi.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah kepada Wan Kuzain dan semoga berjaya!

Sumber:

  1. Sporting Kansas City (2017): SPR signs Sporting KC Academy product Wan Kuzain Wan Kamal to full USL contract; https://www.sportingkc.com/post/2017/07/11/spr-signs-sporting-kc-academy-product-wan-kuzain-wan-kamal-full-usl-contract

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN