Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman nyata teruja untuk terus menyumbang khidmat beliau bersama pasukan Melaka United bagi musim hadapan.
Pemain ini bakal memasuki musim keempat beliau pada tahun hadapan bersama Melaka untuk terus menyambung kariernya dalam Liga Malaysia.
Afiq yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengakui semakin selesa di negeri Melaka yang sudah dianggap beliau sebagai rumah kedua setelah agak lama menetap di sana.
Beliau juga tidak menolak untuk mengakhiri karier sebagai pemain bola sepak di Melaka dan berikrar mahu kekal di sana selagi diperlukan jurulatih.
Afiq mengakui biarpun ada beberapa masalah kadangkala melanda pasukan, beliau tetap sayangkan Melaka yang menjadi sumber kekuatan Afiq selaku pemain bola sepak.
Tambah beliau, suasana dalam pasukan yang menyeronokkan dengan apa jua masalah terasa hilang serta hanya kejayaan Melaka yang menjadi keutamaan.
Sejak tiga musim ini, Afiq merupakan antara tonggak pertahanan buat Melaka dan sering menjadi keutamaan beraksi di bahagian kanan.
Untuk musim depan, Afiq meletakkan sasaran untuk membawa Melaka berada dalam kedudukan empat terbaik Liga Super selain berada dalam prestasi baik untuk Piala Malaysia dan Piala FA.