England bermula dengan langkah kanan pada Kejohanan Piala Dunia 2018 apabila berjaya menewaskan Tunisia 2-1 dalam pertama Kumpulan G sebentar tadi.
Pada perlawanan yang berlansung di Volgograd Arena, skuad bimbingan Gareth Southgate itu telah berjaya memperoleh dua gol menerusi jaringan Harry Kane pada minit ke-11 dan 90+1′.
Sementara gol tunggal dari Tunisia dihasilkan oleh Ferjani Sassi pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti.
Pengadil perlawanan, Wilmar Roldan telah menghadiahkan sepakan penalti tersebut selepas mendapati Kyle Walker telah melakukan kekerasan dengan menyiku Fakhreddine Ben Youssef dalam kotak penalti.
Keputusan dari Roldan itu mengundang kontroversi dan mendapat bantahan dari pemain England yang mendakwa pemain itu segaja merebahkan badannya.
Selepas perlawanan, Kyle Walker tampil memberikan memberi maklum balas tentang insiden tersebut.
“Jika di Premier League, mungkin bukan satu kekerasan, tetapi dalam Piala Dunia, ya.” katanya kepada Goal.
“Saya mendapat arahan dari Kieran (Trippier) untuk meninggalkannya, secara tiba-tiba dia (Youssef) berlari ke belakang saya dan merebahkan badannya.”
Mengulas tentang aksi pasukan pada perlawanan sebentar tadi, Kyle Walker sebagai berkata beliau dan rakan sepasukan telah bekerja keras untuk melakukan yang terbaik.
“Kami (England) telah bekerja keras dalam perlawanan itu dan kami memang layak untuk memperoleh tiga mata.” katanya.
“Di separuh masa pertama, kami melakukan banyak percubaan dan mempamerkan aksi pemainan yang baik.”
“Kemenangan yang diperolehi adalah hasil kerja keras kami selama ini.”