Walid Abbas: Moral Di Kem UAE Sangat Tinggi Untuk Berdepan Malaysia

Walid Abbas UAE

Antara pemain senior yang masih dikekalkan oleh pengendali UAE, Bert van Marwijk, Walid Abbas menyatakan di laman sesawang rasmi Persatuan Bolasepak UAE yang moral pasukan sangat tinggi menjelang aksi menentang Malaysia pada Selasa depan.

UAE bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk aksi pertama mereka dalam Kumpulan G, pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan telah berkampung hampir seminggu di Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk perlawanan tersebut.

Walid Abbas yang berusia 34 tahun merupakan pemain paling senior yang melengkapkan senarai 25 pemain yang dibawa ke Kuala Lumpur turut menagih sokongan padu rakyat UAE bagi melancarkan misi mereka untuk layak ke Piala Dunia.

Menekankan mahu permulaan yang baik berdepan Malaysia, Walid Abbas dan rakan-rakan juga bersedia untuk memberi penampilan terbaik. Beraksi di benteng, Walid Abbas merupakan tonggak penting untuk menyekat kemaraan jentera serangan Malaysia.

“Kami sangat memerlukan sokongan warga UAE bagi pusingan kelayakan kali ini. Sasaran kami adalah layak ke Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, tetapi perjalanannya masih panjang.

“Oleh itu, kami memerlukan sokongan padu para penyokong dan saya yakin mereka tidak akan meninggalkan skuad kebangsaan keseorangan disamping memberikan sokongan yang kami semua perlukan sepanjang kempen kelayakan,” ujar Walid Abbas.

Sementara itu, pemain yang memiliki 8 kaps antarabangsa bersama UAE, Ali Salmeen pula menyatakan pertembungan dengan Malaysia sangat penting buat The Whites untuk membolehkan mereka mendapat momentum untuk perlawanan seterusnya.

Berusia 24 tahun, Ali Salmeen dikatakan antara pemain tonggak buat UAE ketika ini selain merupakan tunjang kelabnya, Al-Wals.

Menurutnya, walaupun UAE dianggap sebagai pasukan kuat dalam pusingan kedua kelayakan di Kumpulan G, dia tetap mahu rakan sepasukan bersedia dengan semua pasukan yang bakal ditentang kerana Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam juga mempunyai impian yang sama – layak ke Piala Dunia dan Piala Asia.

Tiket untuk aksi Malaysia – UAE masih dijual secara atas talian di TicketHotline dan jualan tiket secara fizikal turut akan dijual pada hari perlawanan bermula pada jam 2.00 petang.

Kredit Featured Image: UAE FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN