Kecederaan Bale Dan Modric Resahkan Real Madrid

Jaringan penyamaan Gareth Bale pada penghujung babak pertama membantu Wales mengikat naib juara Piala Dunia 2018, Craotia dalam perlawanan Kelayakan EURO 2020 di Cardiff.

Gol dari penyerang Real Madrid itu menghalang kemenangan Croatia yang terlebih dahulu di hadapan menerusi bekas pemain Everton, Nikola Vlasic pada minit kesembilan.

Dalam perlawanan tersebut, kapten Croatia, Luka Modric mengalami kecederaan dan terpaksa meninggalkan padang dengan dipapah oleh dua pembantu perubatan kerana tidak mampu berjalan dengan kaki kanannya.

“Modric mengadu mengalami kesakitan pada bahagian pehanya. Saya faham ramai pihak bimbang mengenai perlawanan Clasico, tetapi kecederaan itu tidaklah terlalu teruk,” jelas pegawai perubatan Croatia, Nikola Jerkan yang memberi kenyataan kepada Marca.

Gareth Bale juga dilaporkan mengalami sedikit kecederaan yang membuatkan beliau merasa tidak selesa pada kaki kirinya. Tetapi pemain berkenaan memilih untuk bermain sehingga tamat perlawanan.

https://twitter.com/SportcentarInfo/status/1183494758376902656?s=20

Keputusan ini bermaksud nasib Wales dalam persaingan kumpulan E kini bukan lagi bergantung pada mereka, tetapi terpaksa berharap pasukan Slovakia keciciran mata dalam dua perlawanan terakhir.

Sementara itu Wales pula perlu mendapatkan enam mata penuh dari dua baki perlawanan di Azerbaijan dan di tempat sendiri menentang Hungary.

Sekiranya Wales dan Slovakia terikat dengan jumlah mata yang sama, The Dragons akan layak berdasarkan rekod pertemuan di antara kedua pasukan tersebut.

Kredit Foto: Sky Sports

Wales berjaya mengelak dari ditewaskan oleh Croatia buat kali kelima berturut-turut selepas kami terakhir mereka berjaya mengikat pasukan itu adalah pada 2002.

Bale pula meneruskan kecemerlangannya bersama skuad kebangsaan selepas terlibat dalam 14 gol (11 jaringan gol dan tiga bantuan jaringan) daripada 18 perlawanan terakhirnya bersama Wales dalam semua pertandingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN