Walaupun Sudah Tamat Kontrak, Man United Masih ‘Ikat’ De Gea

David de Gea

Kelab Premier League, Manchester United masih lagi mengharapkan yang penjaga gol mereka iaitu David de Gea akan terus dengan pasukan itu untuk sedikit masa lagi.

Hal ini kerana, De Gea yang seolah-olah tidak lagi diperlukan di Old Trafford nampaknya masih lagi ‘diikat’ oleh kelab tersebut walaupun kontraknya telah tamat.

Untuk rekod, kontrak De Gea bersama-sama United sudah pun berakhir pada 30 Jun yang lalu dan penjaga gol itu kini telah bergelar pemain bebas atau free agent.

Sungguh pun sudah bergelar pemain bebas, United masih lagi tidak melepaskan sepenuhnya De Gea daripada genggaman mereka. Dalam erti kata lain, penjaga gol itu telah ‘digantung tak bertali’ oleh United.

Hal ini kerana, United meminta pemain itu untuk tidak menandatangani mana-mana kontrak dengan kelab lain sehingga penjaga gol baharu dibawa masuk.

United yang kini dalam proses membawa masuk penjaga gol Andre Onana, kini dalam usaha memastikan urusniaga itu berhasil walaupun mereka perlu melakukannya dalam rangka bajet yang disediakan.

Situasi ini jelas memberikan gambaran yang pemain itu sememangnya adalah pilihan kedua di United.

Sedangkan tiada penjaga gol baharu masuk pun De Gea sudah dilayan seperti pilihan kedua, apatah lagi kalau Onana atau nama-nama lain berjaya direkrut United bukan?

Dengan statusnya tidak terikat dengan mana-mana kelab, De Gea sepatutnya bebas untuk berunding dengan kelab lain tanpa perlu United menghalangnya.

Pemain itu jelas sekali memerlukan pasukan baharu begitu juga United yang inginkan penjaga gol lain. Jadi, biarkan saja De Gea bercakap dengan pasukan lain demi kelangsungan kariernya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN