Walaupun Sudah Jaring Gol Bertaraf Puskas, Akmal Zahir Mahu Terus Curi Perhatian

Akmal Zahir

Tonggak pertahanan Kedah Darul Aman, Akmal Zahir enggan terus terbuai dengan pujian selepas menjaringkan gol menarik pada minggu lalu.

Anak jati Kedah ini semakin mencuri tumpuan selepas melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menjaringkan gol ketika menentang Kuching City bagi mencatat kemenangan 3-0 kepada pasukan.

Meskipun tidak beraksi di bahagian serangan, Akmal menganggap sudah menjadi tanggungjawab pemain untuk tidak mensia-siakan peluang di hadapan mata bagi meledak jaringan dan berharap mampu untuk terus memberi impak besar kepada Kedah pada musim ini.

Namun, bekas pemain Melaka United itu tidak mahu terlalu teruja dengan pencapaian terkini sebaliknya dia ingin bersedia untuk perlawanan-perlawanan yang lebih sukar sebaik sahaja Liga Malaysia kembali bersambung.

“Kalau ikutkan, memang la sampai sekarang masih teringat lagi dengan gol tempoh hari, tapi dah sampai masa kita jadikan benda tu sebagai sejarah sebab liga masih lagi panjang dan kena fokus ke hadapan.

“Memang ianya akan sentiasa menjadi pengalaman indah untuk saya dalam karier lagi-lagi saya bermain untuk negeri sendiri tetapi selepas ini sudah tentu akan ada banyak lagi cabaran-cabaran yang kita akan lalui.

“Saya tidak mahu selesa dan selepas ini saya rasa sesiapa sahaja boleh menjaringkan gol tetapi insya-Allah kalau masih ada ruang dan peluang, apa salahnya untuk saya cuba lagi meledak gol,” jelasnya kepada Malaysian Football League.

Skuad kendalian Nafuzi Zain ini akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur pada 1 April depan untuk aksi keenam Liga Super dan pasukan telah pun kembali berlatih pada Selasa.

Bagi Akmal, perlawanan seterusnya itu dilihat akan menjadi pertembungan yang sukar memandangkan Sri Pahang ketika ini dilihat begitu konsisten tanpa kekalahan selepas lima aksi dan tempoh masa berehat kini sangat penting untuk mereka mempersiapkan diri.

“Kita tahu Sri Pahang tahun ini cukup padu kalau nak dibandingkan dengan musim lepas tetapi saya rasa penting untuk kita fokus kepada persembahan pasukan sendiri.

“Untuk Kedah pula, secara peribadi saya rasa kita masih belum lagi berada di tahap yang kita inginkan dan masih fasa menyesuaikan diri, cuma peningkatan itu memang kita ada nampak.

“Untuk membentuk satu pasukan yang kuat, peningkatan dari hari ke hari itu adalah penting dan itu yang kita nampak untuk Kedah pada musim ini,” tambahnya.

Kedah Darul Aman kini di tangga ketiga Liga Super dengan 12 mata selepas mencatat empat kemenangan dan satu kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN