Walaupun Prestasi Teruk, Terengganu Tak Akan Ganti CEO

Walaupun tidak mempamerkan persembahan yang cemerlang sama seperti pada musim lalu, ianya tidak akan memudahkan urusan perubahan tampuk kepimpinan dalam kelab Terengganu.

Naib juara Liga Super musim lalu itu melalui musim 2023 dengan penuh tidak seimbang apabila prestasinya tidak konsisten serta pemain yang direkrut bukanlah beraksi seperti yang diharapkan.

Kini, terdapat desakan dari para penyokong untuk meminta agar perubahan dilakukan bermula dengan menukar ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi Terengganu.

Menurut laporan BERNAMA, desakan itu hadir selepas penyokong berasakan perkara itu perlu dilakukan untuk memajukan semula pasukan.

Akan tetapi, ianya tidak dipersetuju oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengatakan CEO Terengganu, Rasid Jusoh boleh diganti tetapi bukanlah sekarang.

Hal ini, untuk menggantikan Rasid memerlukan masa sebelum tindakan itu boleh dibuat.

“Kita ambil maklum tentang prestasi tidak berapa baik TFC dan kita ambil maklum juga tentang cadangan yang dikemukakan penyokong untuk menaikkan TFC.

“Bagaimanapun cadangan untuk tukar CEO, tak boleh beritahu hari ini terus tukar hari ini. Beliau adalah pegawai kerajaan, tetapi dengan apa yang dah kita laburkan, kita tidak akan berdiam diri,” ujar Sukairi.

Prestasi tidak menentu Terengganu ini jelas sekali menimbulkan kegusaran bukan sahaja penyokong, malah pihak atasan kelab.

Ditambah dengan saingan Piala AFC semakin hampir, jika tidak ada perubahan drastik dilakukan maka ianya akan membawa lebih banyak parah kepada Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN