Walaupun Prestasi Tak Menentu, Manjung City Waspada Kekuatan Kelantan

Manjung City

Ketua jurulatih Manjung City, Rafae Isa sedar Kelantan tetap mempunyai kelebihan meskipun kini dibimbing jurulatih baharu, Frank Bernhardt dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala FA, hari ini.

Beliau sedar kredibiliti yang ada pada bekas pengendali UiTM itu pastinya akan memberikan sesuatu kepada Kelantan meskipun baru sahaja mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih.

Justeru bagi Rafae, ia tetap akan menjadi perlawanan yang sukar untuk Manjung dan mahu setiap pemain menerapkan disiplin tinggi dalam mengikuti perancangan yang dibuat bagi memberi tentangan sengit.

Meskipun hadir selaku pasukan bukan pilihan di pentas Piala FA ini, beliau tidak mahu anak buahnya terlalu merendah diri dan percaya mereka mampu untuk melakar kejutan.

“Kita tahu Kelantan memang pasukan yang bagus dan melihat kepada situasi yang berlaku kepada Kelantan ketika ini mungkin akan ada sedikit kelebihan kepada kita juga.

“Tetapi daripada segi tahap prestasi, mereka memang ada kelebihan tersendiri dan saya juga tahu kemampuan yang ada pada Frank (Bernhardt).

“Beliau pernah membimbing pasukan kebangsaan (B-23) dan saya percaya mereka mesti ada strategi tertentu untuk mengatasi kita.

“Tetapi kita juga ada strategi tersendiri untuk mengekang mereka supaya tidak mudah untuk menghadapi kita nanti,” jelasnya.

Dalam masa sama, Rafae mengakui sentiasa menilai perlawanan-perlawanan yang telah dihadapi Kelantan sebelum ini di pentas Liga Super dan mahu barisan pemain lebih berwaspada terhadap kualiti pemain import mereka.

“Saya memang ada tengok permainan Kelantan dan dekat situ kita nampak apa kelebihan dan kekurangan mereka.

“Tetapi keutamaannya adalah jika kita dapat mengekang asakan pemain import mereka, sudah tentu ia akan lebih seimbang dan mereka juga tidak akan mudah untuk atasi kita.

“Pemain saya sekarang dalam keadaan yang terbaik dan mereka tahu apa yang perlu dibuat sebab ada beberapa taktikal yang harus dilakukan daripada pelbagai aspek,” tambahnya.

Selain aksi antara Kelantan dan Manjung, tiga lagi perlawanan pusingan 16 terbaik Piala FA pada Jumaat turut membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang PDRM, Terengganu lawan Melaka dan Kuala Lumpur City akan berdepan Imigresen.

Manakala empat lagi perlawanan akan berlangsung pada Sabtu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN