Walaupun Pertahanan Hancur, Joachim Low Tidak Akan U-Turn

Dalam aksi Jerman berhadapan dengan Belanda, skuad bimbingan Joachim Low, mempamerkan aksi pertahanan yang teruk.

Jerman mendahului seawal minit ke-9 menerusi Serge Gnabry. Namun ia disamakan oleh Frenkie De Jong pada minit ke-59. Gol yang tercipta, apabila Jonathan Tah gagal mematikan hantaran lintang.

Tah kemudiannya menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66. Di bahagian tengah, pasukan Jerman gagal memberikan perlindungan kepada pertahanan.

11 minit sebelum perlawanan tamat, Toni Kroos menjaringkan gol penyamaan menerusi penalti.

Namun kerapuhan dan kegugupan pertahanan Jerman dihukum dengan 2 gol selepas itu, menerusi Donyell Malen dan Gini Wijnaldum.

Jerman tewas 2-4. Ini merupakan kekalahan pertama Jerman dalam pusingan kelayakan kompetitif di tempat sendiri sejak 2007.

Antara isu yang digariskan oleh wartawan adalah pertahanan Jerman yang sangat rapuh dan hilang karakter.

Lantas, Christian Falk, daripada BILD bertanya kepada Joachim Low, adakah beliau akan mempertimbangkan untuk memanggil semula Mats Hummels?

Joachim Low bertegas, beliau tidak akan melakukan pusingan U. Beberapa bulan lalu, Low memberitahu Mats Hummels, Thomas Muller, dan Jerome Boateng bahawa, era mereka sudah berakhir.

3 pemain itu tidak akan berada dalam skuad kebangsaan Jerman lagi.

Keadaan itu amat mengejutkan ramai pihak, terutama sekali Mats Hummels yang merupakan pertahanan terbaik Bundesliga musim lalu.

Hummels turut mempersoalkan keputusan Low itu yang dianggap tidak adil dan menutup persaingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN