Walaupun Menang, Mick McCarthy Akui Terpaksa Hadap Perlawanan Macam ‘Sampah’

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Kejujuran Mick McCarthy mencuri perhatian media. Pengurus Republik Ireland itu menyatakan beliau terpaksa gembira untuk meraikan kemenangan pertama di dalam kepulangan semula beliau ke dalam pengurusan.

Namun di sebalik kegembiraan itu beliau berterus-terang kepada media bahawa pasukan Ireland bermain dengan sangat teruk ketika aksi kelayakan EURO 2020 menentang Gibraltar. Ireland menang 1-0.

McCarthy kembali menjadi pengurus Ireland selepas 20 tahun. Beliau geram dengan aksi anak buahnya ketika berhadapan dengan para pemain bola sepak ‘part-time’ Gibraltar.

Beliau juga bengang dengan pendekatan pasukan lawan yang terlalu negatif. Mujur Jeff Hendrick menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk memberikan mereka 3 mata.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Mick McCarthy terus mengutuk aksi para anak buahnya dan juga kualiti perlawanan yang diibaratkan beliau seperti ‘sampah’ dan sangat teruk.

Beliau berkata: “Teruknya perlawanan tadi. Saya benci melihat setiap minit perlawanan tadi menentang pasukan yang tidak rugi apa-apa dan tidak untung apa-apa. Satu perlawanan yang buruk namun 3 mata yang baik.”

Ditanya tentang persediaan menentang Georgia pada Selasa ini, Mick McCarthy yakin para pemainnya akan bermain lebih baik.

Beliau juga yakin Georgia akan bermain bola sepak lebih terbuka.

“Kami akan bermain lebih baik menentang Georgia. Mereka bukan pasukan yang hanya bertahan di belakang dan cuba menghampakan kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN