Walaupun Menang, Kim Swee Tetap Tak Puas Hati Pemain Sabah Leka Ketika Beraksi

Meskipun mencatat kemenangan 2-1 ke atas Universiti Teknologi Mara (UiTM), pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee masih belum berpuas hati dengan prestasi anak didiknya.

Bagi beliau, para pemain mula hilang fokus dan rentak selepas mendahului dan mereka telah dihukum dengan jaringan pada minit akhir permainan.

Dalam perlawanan tersebut, bekas jurulatih kebangsaan ini menurunkan hampir kesemua pemain tempatan selepas pemain import mereka mengalami kecederaan.

Antaranya Jose Embalo dan Jackson de Souza telah pulang ke Portugal serta Brazil untuk menerima rawatan lanjut di sana.

Kesemua pemain ini kemungkinan besar akan terlepas saingan Piala Malaysia.

Sementara Park Tae-su dan Saddil Ramdani pula sedang menerima rawatan di Sabah.

Jika mereka cepat pulih, ada kemungkinan dua pemain ini akan diturunkan dalam perlawanan menentan UiTM Isnin nanti.

Kim Swee turut berkata, beliau melihat dalam perlawanan tersebut bahagian serangan Sabah kurang berkesan dan selalu melepaskan peluang terhidang begitu sahaja.

“Kita mempunyai banyak peluang tetapi tidak disempurnakan walaupun kita mengawal pemainan dan mencipta peluang.

“Sepatutnya peluang itu harus disempurnakan dengan menjaringkan gol.

“Itu merupakan perkara utama yang kami perlu dibaiki selepas ini,” kata Kim Swee.

Pengendali berusia 51 tahun ini juga mengingatkan para pemain agar tidak ambil mudah perlawanan kedua nanti di Likas biarpun ada kelebihan kerana Sabah mampu dihukum oleh UiTM.

“Kalau kita lihat corak permainan UiTM melakukan serangan balas dan jika kita tidak menyempurnakan peluang kita di Sabah nanti, kita akan dihukum dengan gol awal dan sudah tentu ini memberi semangat kepada pasukan UiTM” ujarnya.

Dengan masa yang ada sebelum menjelang perlawanan kedua nanti, Kim Swee akan cuba memperkemaskan pasukan terutama dibahagian serangan agar ia lebih tajam.

Deretan peluang yang tercipta sepatutnya harus dimanfaatkan dalam bentuk jaringan. Jika tidak pasti lawan akan mengambil kesempatan atas kesilapan itu.

Untuk sasaran Sabah musim ini di saingan Piala Malaysia, bagi Kim Swee semua pasukan ingin mara sejauh mungkin.

Beliau akan memberi fokus satu per satu dan akan cuba bawa pasukan pergi lebih jauh.

Sabah mempunyai peluang terbaik untuk merebut slot ke Piala AFC dan ini sudah pasti menjadi pembakar semangat untuk mereka melakukan sebaik mungkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN