Pemain skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad mahu rakan sepasukannya terus fokus memberikan yang terbaik untuk negara dalam perlawanan seterusnya.
Syafiq yang menggalas tugas dengan baik untuk aksi semalam nyata berpuas hati dan menuntut para pemain untuk lebih fokus pada perlawanan seterusnya.
Beliau mengakui bahawa mereka masih lagi mencari rentak seperti mana yang terbaik dilakukan pada tahun 2019.
Syafiq menuntut rakan sepasukan lebih fokus dan mampu berkomunikasi dengan baik untuk membentuk pasukan yang mantap.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa para pemain yang dipilih ini telah membuat pengorbanan besar demi negara.
Jelas Syafiq, sepatutnya pada penghujung musim para pemain sudah berehat bersama keluarga dan kesemua pemain tetap komited demi negara.
Aidil Zafuan yang terpaksa meninggalkan isteri yang bakal bersalin demi negara dan juga Baddrol Bakhtiar yang baru sahaja mendapat cahaya mata baru antara yang dijelaskan Syafiq erti salah satu pengorbanan.
Jelas Tan Cheng Hoe pula, para pemain sudah memberi yang terbaik termasuk komitmen tinggi dipamerkan barisan pemain simpanan.
Beliau juga tidak menolak untuk menggantikan pemain baharu di posisi penjaga gol setelah diluluskan oleh pihak AFF dan kemungkinan akan diberitahu kelak pada sidang media akan datang.
Ketika ditanya mengenai aksi De Paula semalam, Cheng Hoe menegaskan itu merupakan asam garam dalam bola sepak dan De Paula merupakan pemain yang matang untuk kembali positif hari ini.
Tambah beliau, pengalaman yang ada pada De Paula amat ditagih dan pemain tersebut sudah melupakan segala emosi yang ada semalam untuk fokus perlawanan akan datang.
Beliau juga turut memuji aksi Mukhairi Ajmal yang dilihat matang bersama pasukan senior dan memberi galakan untuk pemain ini terus mengutip pengalaman yang ada sepanjang kejohanan berlangsung.
Pada akhir sidang media, Cheng Hoe berharap pasukannya dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan terus memacu kemenangan buat negara.