Walaupun Marcerra Kuantan FA Disingkirkan Dari Liga Malaysia, Hutang Tetap Perlu Dibayar

Gara-gara tidak turun beraksi menentang PDRM dalam aksi Liga Premier di Stadium Shah Alam 15 April lalu, Kuantan FA terpaksa menerima padah apabila digugurkan penyertaan dalam Liga Malaysia 2018 berkuat kuasa serta merta.

Bekas pengendali pasukan itu, Ismail Zakaria berkata kepada Berita Harian, menegaskan pengurusan pasukan itu tetap ‘berhutang’ dengan pegawai dan pemaindan tuntutan tetap akan diteruskan meskipun pasukan itu tidak lagi beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini.

“Walaupun pasukan sudah disingkirkan namun harus diingat, tunggakan sehingga tiga bulan ini tetap perlu dilunaskan kerana pemain sudah bermain bermati-matian sebelum ini meskipun langsung tidak dibayar.

“Kita ada beberapa saluran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kes ini.

Pengurusan seharusnya rasa lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan gaji yang sudah tertunggak ini. Kami akan terus menuntut hak kami,” katanya.

Ismail turut menyokong langkah Malaysia Football League (MFL) membatalkan penyertaan pasukan itu selepas berdepan dengan masalah kewangan dan memberi peluang kepada pemain pasukan itu mencari pasukan baharu untuk meneruskan karier mereka.

Gambar: Malaysian Football League

“Walaupun pasukan digugurkan, tidak mengapa kerana setidak tidaknya ia dapat dijadikan pengajaran kepada mana-mana pengurusan pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Apapun, keputusan pantas ini sedikit sebanyak membolehkan pemain mencari hala tuju baharu dan saya bersyukur kebanyakan pemain yang tinggal sudah mendapat pasukan baharu untuk beraksi sekali gus membolehkan mereka terus bermain,” katanya.

Beliau turut mendedahkan kebanyakan daripada pemain pasukan itu berjaya menyertai beberapa pasukan yang bersaing dalam Piala FAM kerana jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) masih belum dibuka.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengintai peluang untuk membimbing pasukan lain jika khidmatnya diperlukan.

“Boleh dikatakan lebih separuh sudah ada pasukan. Sebenarnya tindakan MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyingkirkan Kuantan FA satu langkah yang baik kerana pemain boleh cari pasukan lain.

“Sebelum disingkirkan, 10 pemain sudah tinggalkan Kuantan FA dan hanya tinggal 15 pemain dalam pasukan. Sekarang ini, saya difahamkan lebih separuh pemain sudah ada pasukan baharu dan kebanyakannya beraksi dalam Piala FAM.

“Tiada masalah beraksi dalam Piala FAM, itu langkah terbaik bagi pemain. Apa yang penting mereka dapat ‘cari makan’ dan meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN