Walaupun Manifesto Adalah ‘Suprise’, Baddrol Bakhtiar Tetap Jadi Pilihan Rakyat Gurun

Dua bekas pemain bola sepak Kedah Darul Aman (Kedah) mencipta sejarah tersendiri pada siri Pilihanraya Negeri yang berlangsung semalam dengan membabitkan Radhi Mad Din serta Baddrol Bakhtiar.

Kedua individu yang cukup terkenal dalam dunia bola sepak sebelum ini sah menyertai dunia politik dan ianya membawa suatu hasil tidak dijangka selepas masing-masing memenanginya di kawasan sendiri.

Baddrol yang bertanding di Gurun, Kedah sebelum itu mengejutkan ramai penyokong bola sepak selepas beliau dilihat drastik meninggalkan Sabah ketika prestasinya sedang menjulang tinggi.

Selepas membantu Sabah layak ke saingan Piala AFC musim ini, Baddrol dianggap sebagai salah satu pemain yang menjadi kesayangan ramai penyokong pasukan tersebut.

Namun, bekas pemain kebangsaan itu mempunyai sebab tersendiri untuk menyertai politik pada masa singkat dan segala usaha beliau untuk berkempen membuahkan hasil.

Malah, Baddrol juga menjadi mangsa kritikan ramai parti lawannya menganggap individu itu tidak layak menyertai dunia politik selain beberapa siri kelemahan dipamerkan beliau sepanjang tempoh berkempen.

Baddrol yang bertanding atas kapasiti parti Perikatan Nasional telah pun menewaskan calon Pakatan Harapan iaitu Mohamed Firdaus Johari dengan jumlah undi diperoleh sebanyak 17,771.

Secara tak langsung, Baddrol juga menjadi bekas pemain bola pemain bola sepak pertama yang memenangi siri pilihanraya selepas ia gagal dilakukan oleh legenda, Soh Chin Ann dan Radhi Mad Din suatu ketika.

Tanpa manifesto yang dianggap sebagai suatu bentuk kejutan sehingga menjadi bahan kritikan ramai, individu tersebut tetap menjulang kejayaan tersendiri untuk menarik hati ramai rakyat tempatan di Gurun.

Malah, Baddrol sendiri turut kongsikan rasa gembira itu di media sosialnya dan kini beliau meluahkan sedia untuk memberi khidmat buat semua pengundi di Gurun.

“Kemenangan Bergaya Perikatan Nasional di N22 Gurun berjaya meraih sebanyak 17,771 Undi dengan jumlah majoriti sebanyak 6,584 !! Takbir !! Allahuakbar !!

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dorongan dari seluruh warga Gurun atas kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat di Gurun ini.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera PAS, Bersatu dan Gerakan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dari awal sehingga ke akhirnya. Yang pasti, perjuangan ini bukanlah pengakhirnya.   

“Dengan ini, secara tidak langsungnya bermulalah amanah dan khidmat bakti saya selaku Adun Gurun.

“Mohon doa semua, in sha Allah dengan segala kudrat yang ada, akan saya lakukan yang terbaik. Mandat ini untuk rakyat,” jelas Baddrol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN