Romelu Lukaku kini menjadi pemain yang menjadi sasaran kepada kritikan dari pelbagai sudut terutamanya selepas prestasi beliau ketika menentang Juventus.
Walaupun sering dikritik hebat kerana beraksi buruk kebelakangan ini, Lukaku masih mendapat sokongan padu dari pengurus beliau iaitu Jose Mourinho.
Menurut Mourinho, beliau tidak mengkritik Lukaku diatas penurunan prestasi pemain itu ketika ini.
“Ya benar, tiada sebarang kritikan yang saya berikan kepada Romelu Lukaku. Beliau masih memberikan 100% kepada pasukan.”
Walaupun mempertahankan pemainnya yang jelas tidak berada pada prestasi yang terbaik, Mourinho mengakui ketika ini merupakan satu detik yang sukar buat Lukaku untuk dihadapinya.
Hal ini kerana, Lukaku bukanlah berhadapan dengan kemarau gol tetapi turut terpalit dengan masalah keyakinan ketika beraksi.
“Saya mengakui waktu ini bukanlah masa yang baik buat Lukaku.”
“Beliau bukan sahaja tidak berjaya menjaringkan gol tetapi dalam masa yang sama mengalami masalah keyakinan ketika melakukan pergerakan dan juga sewaktu membuat sentuhan pada bola.”
Dalam masa yang sama, Mourinho turut mengatakan Lukaku masih lagi kekal sebagai salah sebuah penyerang yang baik untuk Manchester United.
“Macam mana pun, beliau tetap penyerang kami. Pada saya, beliau adalah seorang penyerang yang baik dan Lukaku adalah penyerang yang mendapat kepercayaan kami.”
Lukaku gagal memberikan impak yang diharapkan sewaktu kekalahan Manchester United di tangan Juventus dalam aksi UEFA Champions League di Old Trafford baru-baru ini.
Juventus menang 1-0 hasil jaringan tunggal Paolo Dybala.