Walau Tak Beraksi, Aguero Paling Curi Tumpuan Rai Kejuaraan Bersama Argentina

Bekas penyerang kebangsaan Argentina, Sergio Aguero dilihat paling mencuri tumpuan selepas pasukan tersebut mengesahkan kejuaraan mereka di Stadium Lusail.

Sebelum ini, Aguero sudah pun mengesahkan diri beliau untuk bersara lebih awal dalam dunia bola sepak profesional selepas menghidapi masalah jantung yang melibatkan nyawanya.

Persaraan tersebut disahkan sendiri oleh beliau pada 16 Disember tahun lalu dengan Aguero menyatakan perlu memberi keutamaan pada kesihatannya.

Walaupun begitu, rasa sayang beliau kepada bola sepak jelas tidak boleh digugat terutama sekali apabila ia membabitkan negaranya iaitu Argentina.

Sepanjang bersama Argentina, Aguero tidak pernah merasai kejuaraan Piala Dunia walaupun tampil dengan sangat konsisten di atas padang bersama bekas rakan sepasukan.

Untuk melepaskan segala rasa yang terbuku, Aguero tampil mencuit hati ramai penyokong seleps beliau juga dilihat turut meraikan kemenangan Argentina semalam dengan cara yang mencuit hati.

Apa tidaknya, selepas Argentina mengesahkan kemenangan mereka pada penentuan sepakan penalti, kelibat Aguero dilihat telah berlari ke bilik persalinan untuk memakai jersi lengkap pasukan tersebut seolah beliau turut beraksi.

Untuk pengetahuan juga, Aguero tiba di Qatar sejak seminggu lalu untuk berkongsi bilik bersama Lionel Messi bagi memberi sokongan moral buat bekas rakan sepasukan.

Selain itu, Aguero juga turut turun dalam sesi latihan bersama para pemain Argentina, dan beberapa khabar angin menyatakan bekas penyerang Manchester City itu mungkin akan dibawa turun beraksi menentang Perancis.

Antara keraian yang dibuat oleh Aguero ketika itu, beliau turut membawa dram dan berjalan sekitar padang untuk meraikan kejuaraan Argentina serta mendapat sambutan daripada para penyokong di stadium.

Para pemain serta penyokong Argentina jelas tidak kisah dan sentiasa menghargai cara sambutan pemain itu, selepas begitu banyak jasa Aguero bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

Aguero juga turut diberi peluang oleh para pemain lain untuk menjulang piala tersebut dan kenangan ini bakal menjadi sesuatu yang terindah buat dirinya sepanjang hayat.

Pada aksi semalam, Argentina berjaya muncul selaku juara baharu bagi saingan Piala Dunia 2022 di Qatar, selepas mereka menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti 4-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN