Walau Menang, Selangor Tetap Jadi Mangsa Kritikan Peminat

Selangor secara rasminya berjaya melayakkan diri ke pentas akhir bagi saingan MFL Challenge Cup 2024/2025 setelah mereka menumpaskan cabaran Penang menerusi keputusan agregat 2-0 semalam.

Satu gol tunggal daripada Alvin Fortes pada minit ke-66 sudah cukup untuk mengesahkan kejayaan pasukan itu melangkah ke pentas akhir dan bakal membuat perhitungan bersama PDRM.

Walaupun meraih kemenangan, ia jelas belum cukup untuk menggembirakan segelintir peminat yang kecewa melihat penurunan prestasi semasa pasukan berkenaan di atas padang.

Menentang Penang di laman sendiri, Selangor dilihat memiliki kesukaran untuk cepat menyesuaikan diri dalam permainan serta tidak tampil dengan begitu agresif sewaktu menyerang.

Malah beberapa pemain turut mendapat perhatian peminat kerana dianggap kurang memberikan impak sepatutnya sepanjang tempoh perlawanan berlangsung.

Antara yang meraih kritikan sudah tentu terarah kepada penyerang import dari Chile iaitu Ronnie Fernandez kerana kelonglaian beliau untuk tampil lebih cemerlang di posisi hadapan kelab.

“Sedih tengok Selangor sekarang, game play sangat-sangat teruk. player tak perform atas padang lambat di gantikan. Dah hujung baru nak tukar, dah hujung game baru la nampak game Selangor. Come on la coach, slow,” luah Farid Rustam menerusi ruangan komen media rasmi Selangor.

“Roni makan angin, berlakon lebih dari bermain sungguh, kalau kekal cara mcm ni? Sia-sia penyokong ke stadium,import Selangor kurang menyerlah,” komen RajeeDaan Thasan.

“Layak final tapi langsung tidak membanggakan. Kembalikan 433. Itu DNA selangor yg dah di setup cantik oleh TCH!” kata Muhammad Zulkifli pula.

“Tahniah. Menang menang juga tapi permainan teruk kalau lawan jdt entah berapa kena. Pemain yg masa Nidzam Jamil bagus tetiba drop permainan, apa dah jadi ni dimana silapnya, coach, pemain atau management. 10 tahun lagi pun tak dapat saingi jdt kalau mcm ni,” ulas DP DP DP.

“Kemasukan Alif Izwan dengan Faisal Halim tu laju la sikit permainannya. Ada jugak la percubaan dari Izwan tu berbanding Ronnie yg main hampir 90minit. Minit ke 55 atau 60 boleh dah tukar player. Bosan,” ujar Mohd Haizul Azhar.

Selain itu, pelbagai lagi kritikan dilontarkan oleh peminat The Red Giantss tentang corak permainan yang ditampilkan Selangor sejak kebelakangan ini dan dianggap cukup lesu.

Sudah tentu pihak kejurulatihan pasukan perlu memikirkan sesuatu untuk memastikan Selangor kembali di landasan tepat selaku antara pasukan paling konsisten di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN