Walau Ditimpa Badai, KL City Tetap Banggakan Malaysia

Kuala Lumpur City (KL City) sekali lagi membuktikan mereka tetap mampu untuk membanggakan para peminat tempatan menerusi kejayaan mereka di pentas Asia pada musim ini.

Finalis kejohanan AFC 2022 ini tampil dengan magis tersendiri pada musim 2024 bagi saingan ACC Shopee Cup apabila mereka merekodkan kemenangan kali kedua berturut-turut dengan giliran wakil kelab Indonesia iaitu Borneo Samarinda FC pula diaibkan.

Ini merupakan kemenangan kali kedua selepas mereka cemerlang pada aksi pembukaan lalu ketika menundukkan wakil kelab dari Filipina iaitu Kaya FC menerusi keputusan 1-0.

Skrip sama terus berulang di Cheras dengan kali ini Borneo FC turut mencatat kemenangan 1-0 menerusi jaringan tunggal daripada bekas bintang Harimau Malaya iaitu Brendan Gan.

Jaringan yang terhasil pada minit ke-77 itu sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan tersebut, sekali gus terus mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

Jika diikutkan, tidak ramai yang meletakkan harapan tinggi jika KL City mampu atau tidak merekodkan kemenangan pada perlawanan tersebut kerana lawan jelas berada pada momentum terbaik jjka dibandingkan tuan rumah.

Apa tidaknya, KL City menjadi antara kelab yang diduga dengan masalah kewangan sejak musim lalu sehingga mereka kehilangan beberapa tonggak penting serta jurulatih utama Bojan Hodak.

Tidak cukup dengan itu, masalah tersebut berlanjutan pada musim ini sehingga ada pemain mengakui tunggakan gaji sudah mencecah begitu lama.

Malah, pergolakan turut berlaku dengan membabitkan pengurusan tertinggi kelab selain KL City turut dipotong mata oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tatkala saingan sedang berlangsung.

Namun itu tidak mematikan semangat pasukan tersebut untuk terus berjuang demi membawa imej pasukan di pentas antarabangsa dalam kejohanan ACC Shopee Cup.

Hasilnya, salah satu gergasi Liga 1 Indonesia berjaya ditumbangkan pasukan tersebut untuk memastikan momentum positif mereka diteruskan pada musim ini.

Tidak ramai menjangkakan pasukan berada di tangga ke-11 Liga Super mampu menumpaskan Borneo Samarinda yang menghuni carta kedua Liga Indonesia serta diisi oleh ramai pemain-pemain berkualiti.

Kami di Semuanya BOLA tampil mengucapkan tahniah kepada KL City atas kejayaan dicipta mereka sehingga mampu mengharumkan nama negara di mata Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN