Wajarkah Futsal & Bola Sepak Pantai Dipertandingkan Dalam Sukan Olimpik?

Tempoh hari, kami ada melaporkan usaha Indonesia menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2032. Tradisinya, bola sepak sudah menjadi acara wajib dalam temasya itu.

Namun, kami ingin membicarakan mengenai kewajaran futsal atau bola sepak pantai dimasukkan dalam Sukan Olimpik?

Memang sudah ada?

BUENOS AIRES, ARGENTINA – OCTOBER 18: Egypt celebrates their 5-4 win over Argentina in the Men’s Futsal 3rd Place match between Egypt and Argentina during the Buenos Aires Youth Olympics 2018 at Tecn?polis on October 18, 2018 in Buenos Aires, Argentina. (Photo by Kevin C. Cox – FIFA/FIFA via Getty Images)

Futsal sebenarnya memang sudah ada disenaraikan dalam Sukan Olimpik Belia. Penyenaraikan itu bermula pada temasya 2018 di Argentina.

Sukan Olimpik Belia pernah mempertandingkan acara bola sepak semasa edisi 2010 dan 2014. Namun begitu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan FIFA bersepakat untuk memansuhkan acara tersebut dan menggantikannya dengan futsal.

Temasya Sukan Olimpik 2020 tinggal kurang 18 bulan lagi yang bakal diadakan di Tokyo. Sudah sahih futsal mahu pun bola sepak pantai gagal dipertandingkan.

Temasya 2024 yang akan dianjurkan di Paris, Perancis juga diberitakan telah mempunyai senarai sukan yang akan dipertandingkan.

Tumpuan 2028

Bandar raya Los Angeles akan menjadi hos Sukan Olimpik edisi 2028. FIFA sewajarnya mula serius untuk membawa masuk acara futsal dan bola sepak pantai ke temasya Sukan Olimpik.

Pemilihan sesebuah acara baru dalam Sukan Olimpik bergantung kepada keputusan IOC.

Kita sedia maklum bahawa IOC mempertimbangkan sukan generasi baru seperti X-Games dan E-Sports untuk memastikan kelangsungan Sukan Olimpik. Tetapi apa salahnya, mereka menerima acara futsal dan bola sepak pantai.

Malah, kos pembinaan dan penyediaan venue lebih rendah. Dan pusingan kelayakan dijangka lebih mudah diuruskan.

Jika gagal bagaimana?

Bola Sepak Pantai turut mempunyai Piala Dunia sendiri anjuran FIFA. Sumber: Youtube.

Sekiranya futsal dan bola sepak pantai gagal dipertandingkan dalam Sukan Olimpik, wajarlah FIFA mengalihkan ke suatu destinasi belum diterokai.

Destinasi yang dimaksudkan ialah Sukan Dunia. Sukan Dunia mempertandingkan acara sukan yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Malah, acara sukan yang digugurkan daripada Sukan Olimpik turut dipertandingkan dalam temasya ini.

Semasa rencana ini ditulis, FIFA tidak bernaung di bawah International World Games Association (IWGA) sebagaimana IOC. Jika FIFA mahukan futsal dan bola sepak pantai dipertandingkan di Sukan Dunia, organisasi tersebut hendaklah menyertai IWGA seberapa segera.

Memang diakui FIFA sudah mengadakan kejohanan futsal dan bola sepak pantai. Tetapi, tidaklah salah untuk mewujudkan acara ini di temasya Sukan Olimpik atau Sukan Dunia.

Sukan Dunia – sekilas sejarah ringkas

Sukan Dunia yang kali terakhir dianjurkan pada 2017 di Wroclaw, Poland.

Temasya ini baru 10 kali dianjurkan. Pertama kalinya diadakan di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981.

Ia diadakan berselang 4 tahun dan kebetulan dianjurkan setahun selepas Sukan Olimpik Musim Panas. Kali terakhir diadakan pada 2017 di Wroclaw, Poland.

Edisi ke-11 menyaksikan Alabama, Amerika Syarikat akan menjadi hos pada tahun 2021. Sukan Dunia ke-12 pada 2025 masih belum diumumkan bandar raya dan negara akan menjadi tuan rumah.

Semoga acara futsal dan bola sepak pantai dapat dibawa masuk ke Sukan Olimpik pada masa hadapan. Jika gagal, Sukan Dunia merupakan jalan alternatif.

Nota Editor: Artikel ini merupakan pandangan penulis sendiri dan tidak melibatkan pendirian Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN