Jika anda mengikuti aksi bola sepak Belanda, pastinya anda menyedari betapa besarnya aksi perlawanan melibatkan PSV Eindhoven dan Feyenoord.
Kedua-dua pasukan ini mempunyai sejarah yang cukup besar dalam bola sepak Belanda, malah mereka turut dianggap musuh kompetitif kerana sering mencabar kejuaraan domestik dan mewakili negara itu di peringkat Eropah.
Jadi, tidak hairanlah kalau perlawanan antara pasukan ini akan penuh emosi bukan?
Ya dan inilah yang terjadi sebenarnya ketika aksi melibatkan kedua-dua pasukan ketika mereka bertemu.
Dalam aksi yang diadakan di Philips Stadion menyaksikan Feyenoord bertandang ke gelanggang PSV untuk mencuri tiga mata.
Dan ianya berhasil apabila mereka berjaya menewaskan PSV. Lebih manis mereka berjaya menumbangkan pasukan tuan rumah dengan jaringan besar sebanyak 4-0!
Feyenoord memperoleh kemenangan besar itu menerusi dua jaringan daripada Jens Toornstra, serta gol tunggal oleh Bryan Linssen dan Cyriel Dessers.
Fo(u)r you. 💚💚💚💚#psvfey
— Feyenoord Rotterdam (@Feyenoord) September 19, 2021
Di penghujung permainan, Cyriel Dessers berjaya memperoleh jaringan keempat pasukan pelawata pada masa kecederaan.
Beliau yang jelas sekali gembira kerana menjaringkan gol kemudiannya meraikkan golnya di hadapan penyokong PSV dengan mengangkat bendera sepakan penjuru pasukan itu.
Ianya kemudian tidak diterima baik oleh penyokong tuan rumah. Sudahlah kalah 4-0, pemain lawan raikan gol di depan mata.
Ianya menghasilkan reaksi berang penyokong PSV sehingga kemarahan mereka terhadap Dessers berjaya dirakam oleh lensa kamera.
Saksikan detik kemarahan tersebut pada video yang kami sediakan di bawah. Bak kata Seniman Agung, “wah betul punya marah kawan tu ya!”: