David Trezeguet mungkin sudah bersara 3 tahun lepas. Tetapi bekas penyerang skuad Perancis yang pernah menjulang Piala Dunia 1998 ini masih lagi berbisa di depan gol.
Thierry Henry pernah memberitahu rancangan Soccer AM di United Kingdom bahawa David Trezeguet masih merupakan penyerang yang paling berbisa dalam bab menyudahkan peluang yang beliau pernah lihat.
Perlu diingat. Kenyataan ini datangnya dari salah seorang penyerang terbaik pada zamannya yang pernah bermain bersama Dennis Bergkamp, Samuel Eto’o dan Lionel Messi.
Kini berusia 39 tahun, Trezeguet mempunyai masa untuk menyertai aktiviti kebajikan. Paling terbaru, beliau menyertai perlawanan amal pasukan Luis Figo All-Stars menentang pasukan pilihan Dimitar Berbatov.
Trezeguet mewakili pasukan Luis Figo All-Stars.
Perlawanan yang diadakan di Sofia, Bulgarian untuk diadakan untuk mengutip dana yang akan disumbangkan ke 2 badan kebajikan pilihan Figo dan Berbatov.
Dalam perlawanan tersebut, Trezeguet langsung tidak mempunyai belas kasihan terhadap David James dengan meledak misil voli dari hantaran lintang sebelah kanan. Kami tak merasakan pada zaman puncaknya sekali pun, David James mampu menyelamatkan voli tersebut!
Sebagai rekod, perlawanan amal ini berakhir dengan keputusan 3-3.
Sumber:
1. Tom Farmery, Daily Mail (2017), Manchester United legends reunite at charity match in Bulgaria as teams captained by Dimitar Berbatov and Luis Figo go head-to-head