Van Dijk Tenangkan Pengadil Perlawanan Selepas Bantu Belanda Ke Separuh Akhir Nations League

Kita semua tahu kualiti yang dimiliki oleh pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk. Musim ini, Liverpool hanya dibolosi lima gol dari 12 perlawanan – satu peningkatan ketara dari segi kualiti di jentera pertahanan sejak beberapa musim yang lalu.

Van Dijk bukan sahaja seorang pemain pertahanan kental. Seperi dibuktikan oleh beliau dengan gol penyamaan menentang Jerman semalam – beliau juga mampu menjaringkan gol

Kualiti sisi lain

Ini pula kisah kualiti sisi lain pemain pertahanan antarabangsa Belanda ini. Tamat perlawanan di antara Belanda dan Jerman yang berkesudahan 2-2, Van Dijk tampil untuk menenangkan pengadil perlawanan dari Romania, Ovidiu Hategan.

Difahamkan pengadil berusia 38 tahun itu baharu saja mengetahui ibunya telah meninggal dunia sejurus sebelum sepak mula perlawanan.

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

“Beliau [pengadil] beremosi, dengan tangisan jelas kelihatan di mata kerana baharu sahaja kehilangan ibu tercinta,” ujar Van Dijk.

“Saya hanya mampu berkata agar beliau diberikan kekuatan. Beliau telah mengadili perlawanan malam tadi dengan baik sekali. Ia adalah ucapan yang ringkas, namun saya harap ia boleh membantu beliau.”

Pengadil berkualiti UEFA

Ovidiu Hategan jelas adalah salah seorang pengadil UEFA yang berkualiti jika perlawanan-pelawanan yang beliau adili sebelum ini diambil kira.

Sebelum perlawanan Jerman-Belanda, Hategan baharu saja mengadili perlawanan UEFA Champions League membabitkan Barcelona dan Inter Milan.

Beliau juga adalah pengadil separuh akhir UEFA Europa League pada 2017 di antara Manchester Unied dan Celta Vigo – yang menyaksikan skuad kendalian Jose Mourinho muncul juara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN