Dua pemain dari Belanda mendominasi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Bola Sepak Profesional (POTY) untuk musim 2018/19.
Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengetepikan pencalonan lain – Raheem Sterling, Bernardo Silva, Sergio Aguero, Sadio Mane dan juga Eden Hazard – dalam undian yang dilakukan oleh rakan pemain profesional yang lain.
Bagi kategori wanita, penyerang Arsenal berusia 22 tahun, Viviane Miedema – juga dari Belanda – menewaskan pencalonan lain, iaitu Steph Houghton, Nikita Parris, Keira Walsh, Erin Cuthbert dan juga Jo So-Yun.
Walaupun gagal bersaing dengan Van Dijk untuk anugerah utama POTY, Sterling diumumkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA dalam majlis tersebut.
City turut mendominasi beberapa kategori lain apabila Georgia Stanway diumumkan sebagai pemenang Pemain Muda (Wanita) Terbaik PFA, manakala kapten skuad wanita England, Houghton diberikan anugerah pencapaian khas PFA.
Kejayaan Van Dijk merangkul POTY juga bermakna Liverpool mengekalkan pemenang untuk kategori tersebut, setelah Mohamed Salah memenangi anugerah tersebut pada musim 2017/18.
Van Dijk bukan pemain pertahanan pertama yang memenangi anugerah ini. Bekas pemain pertahanan Chelsea dan England, John Terry turut pernah membawa pulang anugerah yang sama pada 2005.
Miedema pula membantu Arsenal menjuarai Wonme’s Super League buat kali pertama pertama sejak 2012.