Virgil Van Dijk Mahu Raih ‘Sesuatu Yang Istimewa’ Bersama Liverpool

Virgil Van Dijk

Seperti yang diketahui umum bahawa Liverpool telah berjaya mencapai kata sepakat dengan Southampton bagi membawa masuk pemain pertahanan, Virgil Van Dijk ke Anfield secara rasminya pada 1 Januari 2018 nanti.

Perpindahan yang dilaporkan bernilai £75 juta ini menjadikan Van Dijk sebagai pemain pertahanan termahal dunia.

Dalam perkembangan tersebut, pemain antarabangsa Belanda itu bertekad mahu mengecapi sesuatu yang istimewa bersama kelab barunya itu.

Virgil Van Dijk dalam satu kenyataannya ternyata gembira dengan perpindahan ini, berkata: ”Saya gembira dan satu penghormatan bagi menerima tawaran sebagai pemain Liverpool FC. Hari ini merupakan hari yang membanggakan buat saya dan keluarga apabila saya menyertai salah satu daripada kelab yang besar dalam dunia bola sepak.”

”Saya tidak sabar untuk menyarung jersi merah yang terkenal itu buat pertama kali dihadapan para penyokong Liverpool dan akan memberikan segalanya untuk saya mencuba dan membantu kelab ini mencapai sesuatu yang istimewa pada masa akan datang.”

Van Dijk juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kelab yang diwakilinya sejak September 2015.

”Saya juga mahu menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Les Reed, lembaga pengarah, pengurus, pemain, penyokong dan semuanya di Southampton.”

”Saya akan sentiasa terhutang budi dengan kelab ini yang memberikan saya peluang untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan walaupun mengalami beberapa bulan yang sukar disana, saya menikmati masa saya di Saints dan mempunyai ramai kawan selamanya di kelab.”

Kemasukan pertahanan tengah berusia 26 tahun itu dilihat mampu untuk menjadi penawar kepada masalah yang sering dihadapi oleh Liverpool iaitu kelemahan di jentera pertahanan.

Sebagai rekod pada musim ini, Liverpool dan Arsenal merupakan pasukan di 7 kedudukan teratas yang mencatatkan jumlah bolos terbanyak dengan 23 gol. Arsenal bagaimanapun kekurangan satu perlawanan berbanding Liverpool.

Kehadiran Van Dijk di Anfield adalah merupakan pemain ke-6 buat Southampton yang berhijrah ke Liverpool selepas Sadio Mane (£34 juta), Adam Lallana (£25 juta), Dejan Lovren (£2o juta), Nathaniel Clyne (£12.5 juta) dan Rickie Lambert (£5 juta) sejak tahun 2014.

Daripada enam pemain tersebut, Liverpool telah membelanjakan £171.5 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN