Pertahanan kental Liverpool, Virgil van Dijk mendedahkan beliau tidak kecewa dengan keputusan yang tidak menyebelahinya dalam Anugerah Best FIFA.
Van Dijk yang dilabel sebagai calon utama untuk memenangi gelaran tersebut selepas membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 masih belum mampu menyaingi Lionel Messi untuk menduduki tempat kedua.
Messi nyata menjadi pilihan manakala bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo pula berada di tempat ketiga.
Dalam pada itu, pertahanan berusia 28 tahun tersebut turut menjelaskan tidak mungkin beliau dapat dibandingkan dengan Lionel Messi yang telah menjaringkan 51 gol dalam semua pertandingan musim lalu.
”Mereka yang mengundi telah membuat keputusan dan saya perlu menerimanya.”
”Itu sahaja dan sebagai pemain, anda tidak boleh membuat perbandingan antara saya dan Messi kerana ia sangat berbeza. Saya sangat berbangga kerana berada di sini [sebagai finalis].”
”Kecewa? Anda tidak boleh berasa kecewa.”
”Saya sangat gembira berada di sini, berada di dalam pasukan terbaik tahun ini, selepas bekerja keras dan tugasan yang kami laksanakan pada tahun lepas.”
”Hari ini, malangnya saya tidak menang tetapi saya tidak kecewa.”
Kredit foto: Sporting Life