Virgil Van Dijk Akhirnya Rasmi Bergelar Pemain Liverpool

Virgil Van Dijk akhirnya menyarung jersi Liverpool buat pertama kali selepas melengkapkan perpindahan bernilai £75 juta daripada Southampton pada hari ini.

The Reds mencipta nilai rekod perpindahan termahal dunia untuk seorang pemain pertahanan, selepas mengesahkan perpindahan pemain Belanda itu pada minggu lalu.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Liverpool cuba untuk membawa Van Dijk ke Anfield pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun membatalkan niat berbuat demikian setelah Southampton mendakwa Liverpool tidak menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan Van Dijk.

Pemain berusia 26 tahun ini mungkin tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Burnley pada malam ini, namun dijangka akan melakukan penampilan pertama bersama Liverpool ketika berhadapan dengan Everton di pusingan ketiga Piala FA.

Selepas disahkan ke Liverpool pada Rabu lalu, Van Dijk dipetik sebagai berkata:

“Saya gembira berada di sini dan tidak sabar untuk beraksi. Pada pendapat saya, perkara terpenting yang perlu diambil kira ialah saiz sesebuah kelab, budaya di kelab tersebut, pemain, pengurus, dan sudah tentu penyokong yang membuatkan kelab ini istimewa.”

“Sejarah dan segalanya di kelab ini termasuk pusat latihan dan kemudahan lain adalah sempurna. Ia adalah padanan yang sempurna untuk saya, dan juga untuk keluarga saya.

Van Dijk berada di Anfield ketika Liverpool bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Leicester City 2-1 pada hujung minggu lalu dengan 2 jaringan Mohamed Salah.

“Saya yakin ia pasti sesuatu yang istimewa untuk beraksi di sini. Anfield adalah stadium yang istimewa, dan ia adalah gelanggang pasukan saya sekarang.”

“Saya tidak sabar untuk beraksi bersama Liverpool terutama di hadapan penyokong sendiri di sini. Ia adalah sesuatu yang saya nantikan, terutamanya perlawanan di sebelah petang dan juga perlawanan di saingan eropah.”

. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Saya mengharapkan untuk mampu menjulang trofi di sini. Setiap pemain mahukan trofi. Dengan skuad yang kita miliki di sini, dan perkembangan yang kelab ini lakukan, saya yakin Liverpool tidak jauh dari kejayaan.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula menegaskan Van Dijk perlu terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool.

Klopp berkata:

“Ia adalah 100% berbeza di sini buat Van Dijk, namun saya tetap yakin beliau mampu melakukannya. Saya gembira Van Dijk sah bersama kami, dan kami tidak perlu tergesa-gesa untuk Van Dijk berada di dalam pasukan.”

“Semua pihak pasti memikirkan nilai perpindahan Van Dijk. Pada saya, bukan nilai tersebut yang menarik perhatian. Bukan pihak kami yang menentukan nilai tersebut.”

“Nilai pasaran pemain merupakan sebab utama nilai perpindahan tersebut menjadi tinggi. Perkara pertama penyokong Liverpool harus lupakan ialah nilai perpindahan tersebut.”

L(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Kita hanya akan berbicara mengenai pemain tersebut, dan juga kualiti, mentaliti dan karakter yang beliau akan bawa ke dalam pasukan. Untuk itu, kami berpuas hati.”

Mungkin satu-satunya isu mengenai Van Dijk  yang perlu difikirkan oleh Klopp ialah tahap kecergasan pemain itu, setelah hanya beraksi sebanyak 16 kali untuk Southampton sepanjang tahun 2017.

 

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN