Vinicius Junior Bersiap Sedia Untuk Rebut Tempat Di Real Madrid

Pemain kelahiran Brazil yang baru sahaja diperkenalkan sebagai rekrut terbaru buat Real Madrid, Vinicius Junior menyatakan kesediaannya untuk bersaing bagi merebut tempat di kesebelasan utama Los Blancos.

Bintang muda berusia 18 tahun yang dibawa dari Flamengo dengan nilai £38.7 juta itu dilihat sebagai prospek masa depan buat Real Madrid.

Real Madrid terpaksa menunggu selama setahun bagi mengumumkan pemain muda ini selepas peraturan FIFA menetapkan bahawa Vinicius hanya boleh diperkenalkan apabila beliau menjangkau usia 18 tahun.

Walaupun dilaporkan akan dipinjamkan pada musim hadapan, pemain lincah ini menjangkakan dirinya akan kekal bersama skuad Real Madrid.

”Saya akan kekal di Real Madrid bersama skuad utama. Saya akan beraksi beberapa perlawanan bersama pasukan Castilla (skuad remaja Real Madrid) untuk menyesuaikan diri secepat yang mungkin.”

Vinicius
BOGOTA, COLOMBIA – APRIL 25: Armando Vargas (R) of Santa Fe vies for the ball with Vinicius Junior (L) of Flamengo during a match between Independiente Santa Fe and Flamengo as part of Copa CONMEBOL Libertadores 2018 on April 25, 2018 in Bogota, Colombia. (Photo by Gabriel Aponte/Getty Images)

”Saya boleh melakukan segalanya seperti yang saya lakukan di Flamengo dan melakukan lebih baik.”

”Saya akan menunjukkan yang saya sudah bersedia untuk beraksi dan membuktikan segalanya secepat yang mungkin saya boleh lakukan.”

”Saya tahu untuk menyesuaikan diri bukanlah satu perkara yang mudah tetapi saya bersedia untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu.”

”Saya datang dari Flamengo, satu kelab dengan tekanan yang begitu tinggi. Orang sekeliling saya di sini akan membantu. Saya tidak pernah memikirkan mengenai kegagalan, hanya kejayaan dan menang sebanyak yang boleh.”

Dalam 37 perlawanan yang dihadapinya ketika bersama Flamengo, Vinicius Junior telah menjaringkan tujuh gol buat kelab tersebut.

Foto: Daily Express

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN