Quantcast

BERITA

Vincent Kompany Percaya Bernardo Silva Berpotensi Jadi Kapten Manchester City

Kapten Manchester City, Vincent Kompany menilai rakan sepasukannya, Bernardo Silva  berpotensi besar untuk diberi tanggungjawab memakai lilitan kapten untuk kelab itu selepas ini.

Seperti sedia maklum, kontrak Kompany bersama City bakal berakhir pada penghujung musim ini. Jika tidak berlaku sebarang pembaharuan kontrak, maka musim 2018/19 ini akan menjadi musim terakhir pemain pertahanan Belgium itu di Etihad.

Justeru, Kompany memberi cadangan kepada pihak pengurusan untuk melantik Bernardo Silva selaku kapten baharu pasukan itu.

“Saya sering memberitahu dia [Bernardo Silva] bahawa dia adalah 50 peratus badut dan 50 peratus pemimpin. Apabila dia menjadi 25 peratus daripada badut itu, maka 75 peratus daripada kepimpinannya akan menjadikannya sebagai kapten pasukan ini.”

BRIGHTON, ENGLAND – MAY 12: Bernardo Silva, Danilo, Kevin De Bruyne and John Stones of Manchester City celebrate winning the Premier League title following the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester City at American Express Community Stadium on May 12, 2019 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Matt McNulty – Manchester City/Man City via Getty Images)

“Dia sangat kuat dan jujur. Tidak ada pemain lain yang layak menyandang gelaran [kapten] ini,” kata Kompany.

Persoalan mengenai siapakah yang akan menggantikan tugas Kompany itu menjadi tajuk perbincangan ramai pihak selepas The Cityzens dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Biarpun terlalu awal untuk membuat andaian, peminat jelas menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat pembentukkan skuad asuhan Pep Guardiola itu untuk menghadapi cabaran musim hadapan.

Pujian dari Pep

Silva dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Tahunan EPL musim ini.

Pemain Portugal itu merupakan tunjang utama dalam kejayaan The Cityzens menjualang trofi kejuaraan musim ini. Beliau telah menghadiahkan 7 gol dan melakukan 8 bantuan gol dalam 36 penampilannya untuk saingan Liga Perdana.

Manchester City’s Portuguese midfielder Bernardo Silva receives instruction from Manchester City’s Spanish manager Pep Guardiola before coming on during the English Premier League football match between Manchester City and Newcastle United at the Etihad Stadium in Manchester, north west England, on September 1, 2018. (Photo by Oli SCARFF / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE.

Guardiola memuji pengaruh yang dibawa oleh pemain tengah itu bersama Manchester City, sambil menyifatkannya Bernardo sebagai pemain terbaik dalam EPL.

“Dia adalah yang terbaik (musim ini), bukan sekadar dalam pasukan kami.”

“Silva boleh beraksi dengan baik di mana sahaja. Berikan saya sebuah pasukan dan dia boleh bermain dengan baik di sana. Dia melakukan segalanya dengan bola,” kata Pep.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!