Vincent Kompany: “Perbelanjaan Besar Manchester City Sememangnya Berbaloi”

Kapten Manchester City, Vincent Kompany mengakui pelaburan besar yang dilakukan oleh kelabnya jelas memberikan hasil yang cukup berbaloi.

Beliau tidak berasakan kelab yang diwakilinya itu melakukan perbelanjaan besar dan memberikan kelebihan yang melampau kepada mereka.

Menurut laman Sky Sports, Kompany berkata pelaburan yang mencecah nilai bilion oleh Manchester City jelas membuahkan hasil kepada mereka.

“Segala pelaburan yang dilakukan oleh Manchester City telah membuatkan mereka 20 tahun ke depan.”

Kata Kompany, para pemain boleh saja hendak berpindah ke kelab lain yang sudah sedia sebagai kelab utama.

Namun mereka tidak berbuat demikian.

“Satu alternatif yang pemain boleh lakukan adalah dengan pergi ke Jerman dan menyertai pasukan seperti Bayern Munich yang akan menang liga setiap tahun kerana mereka punya 11 juta penyokong.”

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 06: Eliaquim Mangala of Manchester City, Aymeric Laporte of Manchester City, Benjamin Mendy of Manchester City and Leroy Sane of Manchester City celebrate with The Premier League Trophy after the Premier League match between Manchester City and Huddersfield Town at Etihad Stadium on May 6, 2018 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Beliau juga membidas dengan persepsi status quo dalam bola sepak Inggeris yang seolah tidak membenarkan Manchester City menjulang kejuaraan.

“Apa yang adil mengenai status quo? Adakah kerana sebelum ini kelab Manchester City berada di divisyen 3 dan kami katakan yang kami punya ramai peminat tetapi kami tak dibenarkan memenangi kejuaraan?”

Tahun ini genap 10 tahun Manchester City diambil alih oleh hartawan Arab yang bernama Sheikh Mansour.

Sejak Mansour mengambil alih, Manchester City menjadi salah sebuah pasukan utama di England dan mula sedikit demi sedikit memberikan cabaran hebat di peringkat Eropah.

Kini dengan Pep Guardiola sebagai pengurus, kelab tersebut dilihat semakin kental dan dijangka akan berterusan menguasai bola sepak England.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN