Vincent Kompany Malukan Diri Sendiri Untuk Beri Galakan Kepada Penjaga Gol Belgium Bawah-17

Skuad Belgium bawah-17 baru saja tewas 1-3 kepada Mali bawah-17 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Bawah-17 di Chile baru-baru ini.

Ketika kedudukan masih terikat 1-1, penjaga gol Belgium bawah-17, Jens Teunckens membuat kesilapan. Beliau tersalah mengagak lantunan bola hingga membolehkan penyerang Mali menjaringkan gol ke-2 Mali.

Teunckens meminta maaf kepada pasukan dan penyokong melalui Twitter.

Rata-rata penyokong dan pemain Belgium memberikan sokongan kepada Teunckens. Ini termasuklah Vincent Kompany, kapten skuad senior Belgium. Tetapi Kompany melakukannya dengan cara yang unik.

Untuk menaikkan semangat penjaga gol Belgium bawah-17 tersebut, Kompany menulis mesej di Twitter:

” Tiada siapa yang sempurna. Jangan terus kecewa dan fokus kepada masa depan. Tahniah kepada pasukan (kerana sampai ke peringkat separuh akhir)”

Di bawah mesej tersebut, Kompany turut memasukkan video own goal nya.

Tahniah kepada Kompany kerana menunjukkan kepimpinan yang bagus. Own goal beliau pun bagus juga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN