Villas Boas Tamatkan Perlumbaan Debut Rally Dakar Di Tangga Ke-46

Apa yang dilakukan oleh bekas pengendali Chelsea ini ternyata satu perkara yang boleh dijadikan inspirasi.

Seorang pengurus dan jurulatih bola sepak yang bertaraf dunia seperti beliau telah memutuskan untuk mengejar salah satu impian beliau yang masih tak terlaksana iaitu menjadi pelumba kereta rally.

Beliau mulai menanam impian itu selepas bapa saudaranya merupakan pelumba rally Dakar pada era 1980-an.

“Darah pelumba kereta yang mengalir dalam diri saya adalah daripada bapa saudara saya. Beliau menjadi inspirasi dan motivasi saya untuk menyertai sukan ini sejak dari kecil lagi.”

“Saya serius dalam sukan ini. Saya menyewa khemah di altitud tinggi sekitar 13,000 daripada paras laut untuk berlatih dan membiasakan diri.”

Andre Villas Boas ataupun AVB telah berjaya menamatkan perlumbaan debut beliau di tangga ke-46. Beliau tidak terlibat dalam sebarang kemalangan dalam perlumbaan pertama beliau.

Ia bukan sesuatu yang mudah kerana Rally Dakar dianggap antara sukan paling bahaya di dunia. Ia sudah meragut kira-kira 70 nyawa pelumba sejak ia dipertandingkan pada 1978. Ini membawa kepada perubahan laluan pada 2008 supaya ia lebih selamat.

AVB berada 11 minit di belakang pemenang dan pakar perlumbaan Rally Dakar, Nassier al-Attiyah.

Beliau turut berkongsi rasa bangga beliau menamatkan perlumbaan tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini.

https://www.instagram.com/p/BdoBrbEHRQ9/

Apa yang boleh kita pelajari, dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, kita harus serius. AVB sanggup meninggalkan katil empuk dan rumah mewah demi untuk berlatih dalam suasana yang sesuai.

Semoga anda berjaya dalam lapangan ini ‘coach’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN