Pemain Villarreal, Ruben Semedo Disabitkan Tuduhan Cubaan Membunuh

Pemain pertahanan Villarreal, Ruben Semedo (gambar bawah) kini berhadapan dengan dakwaan oleh mahkamah di Sepanyol atas tuduhan cubaan melakukan pembunuhan.

Pemain berusia 23 tahun itu kini sedang direman, tanpa dibenarkan sebarang ikat jamin oleh pihak polis.

(Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

Selain daripada tuduhan cubaan membunuh, Semedo turut berhadapan dengan tuduhan menculik, memiliki senjata tanpa kebenaran dan rompakan.

Di dalam laporan oleh BBC, Tribunal Superior de Justicia de la Comunidad Valenciana, di Lliria dipetik sebagai berkata:

(Photo credit should read STRINGER/AFP/Getty Images)

“Mahkamah Lliria telah mengarahkan penahanan tanpa sebaran jaminan dibenarkan untuk pemain daripada kelab bola sepak Villarreal, Ruben Semedo.”

“Hakim turut menurunkan pendakwaan atas tuduhan cubaan membunuh, mendatangkan kecederaan, ugutan, menahan mangsa secara tidak sah, memiliki senjata tanpa permit, dan keganasan lain berunsurkan rompakan.”

Semedo yang ditahan oleh polis pada Selasa lalu, menyertai Villarreal daripada Sporting CP pada Jun lalu, melibatkan yuran perpindahan bernilai €14 juta.

V (Photo by Power Sport Images/Getty Images)

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh ejen beliau, yang mendakwa dakwaan tersebut sebagai satu kesilapan.

“Ruben (Semedo) adalah mangsa penipuan. Ia adalah satu konspirasi, mungkin melibatkan perihal kewangan,” ujar ejen beliau kepada TSF sebelum pemain itu tampil di mahkamah.

“Di dalam situasi ini, tindakan oleh Ruben mungkin bukan respon yang betul. Tetapi beliau ialah mangsa sebenar. Apa yang saya disiarkan oleh televisyen di Sepanyol adalah memalukan. Ia bukan gambaran perkara sebenar.”

(Photo by fotopress/Getty Images)

“Ruben tidak terlibat di dalam jenayah yang mereka dakwa. Tidak ada kes penculikan berlaku. Ia adalah dakwaan yang menipu apabila mereka berkata ia turut melibatkan mangsa diseksa.”

“Senjata tersebut bukan milik Semedo, walaupun dijumpai di kediaman beliau. Saya pasti perkara akan menjadi semakin jelas ketika perbicaraan di mahkamah,” ujar ejen beliau lagi.

Setakat ini Ruben Semedo hanya tampil sebanyak lima kali untuk Vilarreal sejak permulaan kempen musim 2017/18.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN