Villareal Buka Akademi Di Malaysia, Buka Potensi Pemain Untuk Ke Eropah

Villareal Malaysia Academy

Kelab La Liga, Villareal kini telah membuka akademi mereka di Malaysia sebagai salah satu usaha mereka meluaskan pengaruh di Asia.

Dikenali sebagai Villareal Malaysia Academy, akademi tersebut akan memulakan operasi pada Ogos 2022 dengan mensasarkan penyertaan pemain bermula dari usia tiga hingga 21 tahun.

Berakar umbi daripada projek perluasan akademi bola sepak Villareal, Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara dan kedua di benua Asia secara keseluruhan selepas Korea Selatan yang dicapai oleh mereka.

Dibuka di Kuala Lumpur, Villareal mempunyai hasrat untuk memperluas akademi ini ke seluruh negara pada masa akan datang.

Dengan pembukaan ini, para pemain boleh menyertai akademi Villareal dan mempelajari ilmu bola sepak cara Eropah bersama mereka sambil berpeluang untuk terbang ke Sepanyol untuk berlatih di sana serta bermain menentang pasukan-pasukan akademi Villareal.

Menurut Pengarah Urusan Villareal Malaysia Academy, Jonathan Abishegam, mereka mahu menjadikan akademi ini sebagai pengantara corak bola sepak Eropah kepada pemain di Malaysia.

“Kami mahu membawa kejayaan Villareal di Sepanyol dan Eropah ke Malaysia. Kami percaya corak yang kami peroleh dan pengetahuan yang dipelajari di Villareal digabung pula dengan fasiliti yang hebat dan barisan kejurulatihan yang berpengalaman akan memberi pengalaman berstandard tinggi kepada pemain.”

Akademi ini akan memberikan peluang yang setara kepada pemain lelaki mahu pun perempuan yang ingin mendekatkan diri dengan bola sepak.

Malah, ia juga tidak terhad kepada mereka yang bercita-cita untuk melanjutkan karier ke Eropah sahaja. Malah, akademi ini turut memberikan peluang untuk pemain yang hanya ingin bermain secara rekreasi peluang mempelajari ilmu bola sepak dengan betul.

Selain daripada Malaysia, akademi Villareal ini turut dibuka di seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Bolivia, Israel dan juga Australia.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN