Persiapan Vietnam untuk saingan Piala AFF 2022 dilihat sedikit terganggu ketika ini, apabila dikhabarkan mereka bakal kehilangan tonggak serangan iaitu Nguyen Quang Hai.
Berada dalam Kumpulan B, Vietnam telah pun diundi bersama Malaysia, Singapura, Myanmar, dan Laos untuk membawa cabaran bagi meraih kejuaraan tersebut.
#Official | 🇻🇳 As confirmed by the Vietnam Football Federation (VFF), Quang Hai, who plays in Ligue 2 for Pau FC 🇫🇷, will not attend the AFF Cup 2022 with the Vietnam National Team.
Because the AFF Cup 2022 is not within FIFA days, Pau refused to release him for the tournament pic.twitter.com/HJ0fnzpuuO
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 29, 2022
Faktor Quang Hai tidak dapat menyertai Vietnam untuk edisi kali ini, adalah disebabkan kelab diwakilinya iaitu Pau FC tidak melepaskan pemain tersebut dengan alasan Piala AFF tidak termasuk dalam kalendar FIFA.
Oleh itu, ia tidak menjadi isu buat pasukan tersebut yang beraksi di Perancis untuk melepaskan Quang Hai untuk memperkuatkan serangan Vietnam.
Ketiadaan pemain kelahiran Hanoi itu pastinya sangat dirasai oleh jurulatih pasukan iaitu Park Hang-seo, kerana Quang Hai menjadi salah seorang kunci utama dalam percaturan taktikalnya.
Tambahan lagi, Hang-seo pastinya mahu merebut gelaran juara bagi saingan tersebut kerana ini menjadi tahun terakhir beliau bersama Vietnam.
Fútbol .
Un gol de belleza .Vietnam vs Yemen .
Asian cup 2019 .
El dia : 16 Enero 2019 .
El goleador : Nguyễn Quang Hải ( Vietnam ) .
Resultado : Vietnam 2 – 0 Yemen .
Árbitro principal : Ahmed Al-Kaf ( Omán ) . pic.twitter.com/yoTWGMxYYq— Thành Vĩnh (@AnVinh13222535) October 24, 2022
Selain memikirkan solusi baharu untuk mencari pengganti buat Quang Hai dan membuat perubahan taktikal, laporan daripda Bola.com setakat ini menyatakan Vietnam masih lagi memujuk Pau FC untuk melepaskan pemain itu.
Barisan pemain Vietnam dijangka bakal membuat kem latihan pusat mereka pada 23 November ini di Hanoi sebagai langkah persiapan sebelum saingan Piala AFF bermula.
Antara aksi persahabatan pasukan tersebut yang menjadi tumpuan apabila Vietnam bakal melayan kunjungan gergasi dari Jerman iaitu Borussia Dortmund di Stadium My Dinh pada 30 November.
Ketiadaan Quang Hai sebenarnya mungkin tidak terlalu dirasai jika dilihat secara kasar kerana Vietnam masih lagi memiliki barisan pemain lain.
Namun, secara hakikatnya pemain ini menjadi nadi penting buat pasukan sejak beberapa tahun dan sentiasa dipilih oleh Hang-seo dalam senarai kesebelasan utama.
Untuk rekod, Quang Hai telah pun mencetak 10 gol secara keseluruhan daripada 45 aksi beliau bersama Vietnam sejak debut pertama pada tahun 2017.
Blast off! 🚀
Nguyen Quang Hai knows how to drive them in! 🔥#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #VIEvMAS pic.twitter.com/Q6jEOfTVyR
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 12, 2021
Jika pemain tersebut tidak beraksi, sekurangnya ia membuka laluan lebih cerah untuk Malaysia menghadapi Vietnam dan menjadi tugas pertama Kim Pan-gon untuk menguji kekuatan skuad kendalian Hang-seo.